RASUK WAD 3, HOSPITAL MERSING(part 2)

RASUK WAD 3, HOSPITAL MERSING(part 2)

RASUK WAD 3, HOSPITAL MERSING(part 2)
Aku(Dr Yazeed) tiba di hadapan Wad 3. Menerusi pintunya yang terbuka kelihatan pesakit di katil hujung, kaki dan tangannya diikat pada katil. Kepalanya tertunduk tiba-tiba diangkat dan ditoleh ke arah aku.

Langkah aku yang tadinya deras, terus terhenti.

Kini, aku bertentang mata dengan pesakit itu. Mata putihnya yang merekah merah, anak matanya kecil. Di dahi, urat-uratnya kekar, dan paling membingungkan, kulitnya seakan-akan hijau.

Lepas tu dia menggelupur macam ayam kena sembelih. Bergoncang rangka katil. Bila aku langkah setapak ke hadapan, berhenti dan merenung aku. Meremang bulu roma aku.
“Ya Allah, permudahkanlah urusan aku” gumanku.

Aku cuba kuatkan nekad, namun setelah terlihat kelibat lembaga yang berdiri di sebalik langsir bilik kuarantin yang terletak di sebelah katil pesakit, aku ambil keputusan untuk dapatkan bantuan.

Pintu Masuk


“Bro, kau datang Wad 3, STAT!(segera)” kata aku pada dressar di ED(Jabatan Kecemasan) menerusi telefon.
“Kenapa, doktor? Teruk ke?”
“Kau orang datang je ah!” tegas aku.
Sebaik sahaja aku tamatkan panggilan telefon itu, aku terima panggilan dari nombor hospital. Aku segera jawab.
“Hello..”
“Doktor, doktor yang oncall hari ni?”
“A’ah. Kenapa?”
“Ni dari Wad 2. Patient kat wad ni semua menangis ni. Kita orang dah check macam semua OK. Tak tahu kena semua menangis ni. Doktor datang periksalah...” kata jururawat dari wad kanak-kanak.

Hati aku dah tak tentu arah. Pesakit tadi pun aku belum sempat periksa. Nak tengok budak-budak di Wad 2 dulu ke, tengok pesakit Wad 3 ni dulu? Mana lebih utama? Mana lebih urgent?

“Doktor, apa cerita?” bahu aku ditepuk, kedengaran suara 2 orang dressar yang aku panggil dari ED tadi.

“OK. Kejap lagi saya datang” kata aku pada jururawat Wad 2 yang berada di telefon. Aku ambil keputusan untuk lihat pesakit Wad 3 dahulu kerana dressar aku dah sampai.
kaunter

“Jom. Kau orang kena teman aku tengok patient ni.” kata aku pada dressar-dressar tu.
Bertemankan 2 orang dressar, aku melangkah masuk ke dalam Wad 3. Pesakit di katil hujung tu masih meracau. Jururawat semua tercegat beberapa kaki dari katil. Berdiri sahaja. Tak tahu nak buat apa. Nasib baik pesakit tu dah diikat.

“Yana, kau prepare Mida(ubat pelali). Kau tolong pegang dia, Man" arah aku pada jururawat dan dressar.

Man tak bergerak. Dia diri membatu sambil pandang aku. Apa hal pula si Man ni?

“Kau takut apa, Man? Aku kan ada !” tegas aku pada man. Aku buka berani sangat pun, tapi dalam situasi ni terpaksalah aku tunjuk berani. Kalau tak, tak selesai masalah.
Perlahan-lan kita orang dekati katil. Kaki rasa berat je. Kalau ikut hati tak mahu, tapi kena buat juga. Bila dah dekat, mula terbau aroma yang menusuk hidung. Busuk bukan main. Ah, lantak ah!

“OK, 1… 2… 3!”
Man dan seorang lagi dressar pun terus tangkap tangan patient tu. Sambil aku ambil picagari pelali, lumat kamit aku baca surah. Entah betul entah tidak. Lintang pukang bacaan.

Entry Berkaitan: Rasuk Wad 3 Hospital Mersing

Masa aku nak cucuk ubat pelali, aku terpandang ke luar tingkap. Ada sepasang mata yang memandang le dalam. Lemah terus rasa otot aku. Pundi kencing rasa nak bocor, tapi memandangkan jarum dah cucuk, aku kuat kan diri untuk tekan picagari bagi masuk ubat pelali.

Telefon aku berbunyi sebaik sahaja aku selesai suntik pesakit. Tangan aku punya terketar, sampai tak boleh nak “slide" skrin untuk unlock telefon aku. Lepas 4 kali cuba baru boleh jawab panggilan.

“Doktor jadi datang, tak?” soal jururawat Wad 2.

Hampir aku dah terlupa pasal Wad 2, nasib baik jururawat ni telefon ingatkan.
“Saya on the way ni.” jawab aku sebelum bergegas ke Wad 2. Aku heret sekali Man dengan aku. Cuak aku nak pergi seorang. Din, seorang lagi dressar tu, aku suruh tunggu di Wad 3.
Arwah Razali Rahmat yang ada , & tahu cerita sebenar . mari kita sedekah kah alfatihah kepada beliau


Masa di korridor, angin bukan main kuat. Hospital Mersing ni terletak betul-betul depan pantai, bila malam biasanya angin bertiup ke arah laut atau namanya bayu darat. Tapi malam tu angin bertiup berubah ubah hala. Macam ribut.

Sampai di Wad 2, aku terus periksa budak-budak tu semua. Semuanya OK, kecuali seorang demam tinggi 39.5°C. Bidang aku suruh beri Paracetamol.

Aku rasa budak-budak ni menangis sebab angin menderu-deru. Pokok besar di luar semua bergoyang-goyang. Bunyi desir angin dan daun tu memang seram. Macam bunyi orang bersiul panjang dan nyaring.

“Entah-entah dia orang semua nampak something tak?" kata Man.


Tempat yang selalu nampak kelibat yg sering berkeliaran

Mungkin juga. Namun, aku diamkan sahaja persoalan Man. Aku tak respon apa-apa sebab tak nak jururawat wad 3 takut.

“Dah, kita pergi tengok balik patient Wad 3 tadi” ajak aku.
Masa kami sampai ke Wad 3, pesakit tadi dah lemah, longlai, terbaring, mata dah tak merah. Mukanya pucat. Peluh membasahi mukanya. Tanda vitalnya stabil. Itu yang penting.
Alhamdulillah...
“Doktor, tadi lepas doktor keluar dari wad, kita orang pasang bacaan ayat Al-Quran kuat-kuat sebab dia masih meronta-ronta. Tak lut Mida(bius) yang doktor bagi tu” kata jururawat Wad 3.

“Oh ye ke? Lepas kau orang pasang ayat Quran, baru dia OK?” soal aku.
“Mana nya. Lepas Wak Leman datang baca ruqyah tadi baru OK. Lain kali, baca ayat Al-Quran, bukan pasang bacaan.” kata Din. Pak Leman tu, pengawal keselamatan di Hospital Mersing.

Esoknya, masa lepas solat Zohor, aku nampak beberapa orang kontraktor tengah tanda pokok besar di perkarangan hospital.

“Dia orang tebang pokok ni ke? Tanya aku pada Pak Leman yang sambung syif malam dia sampai petang nanti.

“A’ah. Itu yang aku risau ni.” kata Pak Leman.
“Kenapa? Takut tumbang kena bangunan?” tanya aku.
“Bukan. Semalam dia orang tebang belah sana, yang kecil sikit. Itu pun malam tadi dah huru-hara dibuatnya. Kau pun ada kan semalam.”
“Apa kena mengenanya?”
“Orang kata, masa hospital ni buat, dia orang pindahkan makhluk halus dari kawasan hospital ke pokok-pokok ni. Bila ditebang, inilah jadinya. Itu baru yang kecil. Ni nak tebang yang besar hari ni. Malam ni tengok apa pula jadi.” jelas Pak Leman.
Hish! Biar betul Pak Leman ni? Kenapa tak di buang ke laut je makhluk-makhluk tu. Ada ke ‘letak’ dekat pokok. Dalam hospital pula tu.

Ah lantaklah. Yang penting malam ni aku tak oncall.

Pengalaman malam tu memang akan buat aku meremang setiap kali terkenang. Namun, ia pengalaman yang berharga. Aku sendiri alami benda tu. Bukan dengar dari mulut orang.
Itu pengalaman pertama di Hospital Mersing, dan ada beberapa kali lagi aku alami perkara yang mistik sepanjang kerja di sana.
Cerita ini tak berhenti begitu sahaja ! Pernah dengar orang kata “Benda itu boleh ikut kau balik?”
Ya , dia betul ikut aku balik! SI Dia terus menghantui hidup aku sehinggalah wujud kisah kisah yang akan aku ceritakan selepas ini!
Dah lah masa itu aku bujang bergetah ! tinggal dalam rumah tu seorang !
Kuarters Banglo Lama!!!
Kisah seterusnya
1) Kuaters Banglo JKR Lama Mersing
2)Kisah Bilik Mayat : Tetamu Tidak Diundang.
3) Kisah Pulau Batu Cawan Lagenda (di hadapan Hospital Mersing )
4) Hospital Baru Mersing - Peninggalan Sejarah Lama ?
Kisah asal: Yazeed Hari

Post a Comment

2 Comments

huhu nasib baca sianggggggg..
kak tie said…
haha..tu la bedebor gak bila baca