Rasuk Wad 3 Hospital Mersing

Rasuk Wad 3 Hospital Mersing

Rasuk Wad 3 Hospital Mersing
Kisah Benar , Lebih kurang 5 tahun lepas , Jam 2 pagi .

Waktu itu aku oncall , (atas panggilan ) , kebiasaanya MO oncall akan standby di Jabatan Kecemasan . Jadi kalau tak ada case tu , macam biasa aku dan geng Dressar yang lain akan lepak dibilik ambulan untuk tengok astro sambil layan kopi o cicah biskut kering .
Tepat jam 2 pagi , dengan mood yang kelam dan mendung , aku terima satu panggilan
“ doc , urgent ward 3 ( wad perempuan ) ada patient mengamuk , histeria “ Ahhh !! dalam hati .. aku pun balas Ok saya datang sekarang !
Adui ,2 pagi ni nak menapak jalan kaki sampai wad 3 nun jauh dibelakang sana , angin mendung lagi , ni aku pun terpaksa terus kan , sambil baca apa yg terlintas , bulu dah meremang , jiwa dah goyang , sebab aku dah boleh agak kenapa ward 3 . Ward yang paling banyak sejarah di hospital mersing dan paling dekat dengan “ POHON BESAR “ itu .
Masa dalam perjalanan kesana , dalam malam yang gelap gelita , lampu jalan pun suam suam , aku nampak seorang pakcik yang berkopiah , berjanggut putih sedang menolak kerusi roda kearah bilik mayat , aku hanya nampak dari belakang .
“ Siapa pulak pakcik (PPK ) ( pembantu perubatan ) ada janggut ni tak penah nampak “ ..
“ Kenapa pulak nak tolak wheelchair pergi bilik mayat 2 pagi “
Tapi aku pun takde lah nak syak apa sangat , mungkin ada staff yang aku tak pernah nampak , tapi aku rasa aku kenal semua orang .. abaikan lah ... nanti lah fikir ..
Sampai sahaja di ward ... masyallah .... kakak2 misi dah berkumpul di satu sudut , muka pucat , dan tak mahu toleh kebelakang ,pesakit lain pula semuanya selubung dengan selimut .. tinggal aku sahaja dipintu depan untuk melangkah masuk ... Bulu pun dah tak larat nak meremang lagi ..
Sayup sayup suara alquran terngiang kedengaran dari telefon bimbit kakak misi , tiba 2 berdentum dentum bunyi pintu blakang wad 3 . Angin makin kuat , ini serius , macam dalam ‘ movie ‘ . PENAH TENGOK MOVIE “ EXORCISM ? Hah macam tu lah !
Nun jauh disana , Subahanallah .. Rasa macam nak terkencing dalam seluar pun ada , pertama kali aku lihat dalam hidup aku
...... Si DIA....
nanti sambung Part 2
Kamarul Ariffin Nor Sadan akan sambungkan
kalau nak sambungan , kalau share banyak baru kita sambung balik .
NAMPAK POHON & Rimbunan paling besar di gambar kedua ? Ibu Pokok Kawasan
nota*
Malam ini saya akan post part 2 di page saya ! , plot cerita saya dah serahkan kepada Dr kamarul untuk lenggok cerita yang memberi mood lebih seram . stay tune ! jangan marah ya

Post a Comment

0 Comments