KEGIATAN seorang lelaki yang berjaya mencuri jutaan ringgit daripada pelabur kaya di seluruh dunia dengan menyamar sebagai diplomat dan putera Arab Saudi akhirnya terdedah hanya dengan satu kesilapan.
Rahsia lelaki yang turut mengaku dirinya ‘Sultan’ dan berpangkalan di Florida itu terbongkar apabila dia makan daging babi dan produk lain berasaskan babi dalam mesyuarat perniagaan.
Anthony Gignac, yang dilahirkan di Colombia dipelihara dan dibesarkan oleh keluarga angkatnya di Michigan memulakan operasi penipuannya pada 2015, dengan menubuhkan sebuah syarikat, Marden Williams International, untuk melakukan penipuan pelaburan dalam peluang perniagaan di seluruh dunia.
Menggunakan pelbagai nama, Gognac, untuk dua tahun seterusnya menyamar sebagai putera Saudi yang kaya dan mencuri lebih dari AS$8 juta daripada 26 mangsa di seluruh dunia.
Gignac membeli plat lesen diplomatik palsu di eBay dan meletakkan perkataan ‘sultan’ pada plat nama di pintu ‘penthouse’nya dan rumah-rumah di mana dia bertemu dengan mangsa-mangsanya.
Operasi penipuan Gignac sememangnya berjalan lancar antara tahun 2015 dan 2017.
Dia mempunyai berjuta-juta dolar dalam akaun banknya, beberapa kereta mewah, termasuk Ferrari dan Rolls Royce, jam tangan Rolex, barang kemas mahal, serta kondominium dua bilik tidur eksklusif di Fisher Island di Biscayne Bay.
Dia juga suka memamerkan gaya hidup mewahnya di Instagram, di mana dia sering memuat naik gambar harta bendanya, tetapi jarang-jarang menunjukkan wajahnya. Sebaliknya, dia kadang-kadang menyiarkan gambar kerabat diraja Arab, untuk memberikan lebih keyakinan kepada orang ramai.
Gignac dan rakan konspirasinya sering mendakwa dia adalah kerabat diraja Arab Saudi dan mempunyai urusan perniagaan eksklusif.
Gignac sendiri kadang-kadang akan menunjukkan surat-surat palsu dari Bank of Dubai, memberi jaminan bahawa dia mempunyai ratusan juta dolar untuk sebarang projek melibatkan mangsanya.
Dia akan terbang menggunakan jet peribadi, menginap di hotel eksklusif dan akan memandu sesuka hatinya dan memberitahu mangsanya bahawa dia mempunyai imuniti diplomatik untuk berbuat demikian.
Semua helah ini ‘menjadi’ sehinggalah dia cuba menipu pemaju hartanah Miami, Jeffrey Soffer dari Turnberry Associates.
Dia mendekati Soffer dengan nama Putera Mahkota Saudi Khalid bin Al-Saud dan menyatakan minatnya untuk melabur sebanyak AS$440 juta di salah sebuah hotelnya.
Pada suatu ketika, Soffer curiga dengan Gignac dan dokumen mahkamah yang menunjukkan bahawa dia terpaksa menawarkan ‘Putera Saudi’ itu gelang Cartier berharga AS$50,000.
Bagaimanapun, Soffer lebih curiga apabila ‘putera Saudi’ itu makan daging babi dan makanan lain berasaskan babi selama beberapa waktu makan.
Dia tahu amalan itu bertentangan dengan kepercayaan seorang penganut Islam yang taat, jadi dia meminta pasukan keselamatan hotel menyiasat Gignac.
Mereka akhirnya mendapati dia bukan ‘putera Saudi’ tetapi penipu yang cuba mendapatkan sejumlah besar wang dan barangan mewah lain daripada mangsa yang kaya.
Soffer memberitahu pihak berkuasa tentang kegiatan Gignac dan dia ditangkap pada November 2017.
Setelah menggeledah rumahnya, penyiasat Perkhidmatan Keselamatan Diplomatik menemui pelbagai kad perniagaan dengan pelbagai gelaran seperti Yang Mulia, Putera dan Sultan, serta plat diplomatik, lencana keselamatan diplomatik palsu, kad kredit tidak sah, beribu-ribu ringgit tunai dan dokumen kewangan atas nama kerabat diraja Saudi.
Gignac kini dikurung di pusat tahanan Miami sejak November tahun lalu, dan dia sedang menunggu hukuman selepas mengaku bersalah menyamar sebagai pegawai kerajaan asing, mencuri identiti dan penipuan.

0 Comments