Agak-agak Nenek Kenal Lagi Tak Dengan Kuih-kuih Lama Ni?

Agak-agak Nenek Kenal Lagi Tak Dengan Kuih-kuih Lama Ni?

Agak-agak Nenek Kenal Lagi Tak Dengan Kuih-kuih Lama Ni?

BULAN Ramadan kian hampir untuk melabuh tirainya, persediaan untuk menyambut bulan Syawal yang bakal menjelang pun sudah bermula.



Antara yang menjadi kewajipan dalam persiapan awal untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri ialah penyediaan kuih raya baru untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan tauladan.

Tidak lengkap suasana jika merayakan rumah terbuka Aidilfitri tanpa kuih raya atau manisan untuk dihidang kepada tetamu.

Kuih makmur, kuih semprit, dan kuih emping jagung disaluti madu menjadi satu pilihan wajib untuk dihidangkan dalam balang atau bekas kuih.

Pasti juga menjadi satu keseronokan bagi warga rumah yang rancak mencuba resepi kuih raya dengan inovasi baharu, mengikut kreativiti masing-masing.

Maka, tanpa disedari, kelaziman itu menjadikan kuih tradisional semakin terpinggir untuk dihidangkan sebagai pemanis mulut sewaktu hari kebesaran tersebut.

Sedang kita mencari resepi kuih raya yang ingin dihidangkan pada hari raya nanti, tahukah anda ada beberapa kuih tradisional masyarakat kita yang kini sukar ditemui dan bakal lenyap?

Pernah mendengar kuih yang mempunyai nama yang menarik seperti bunga pudak dan kacau keledek?

Barangkali juga, ada datuk nenek kita pun sudah lupa akan kewujudan dan kaedah membuat kuih dan manisan yang dalam kategori ’diancam kepupusan’ itu.

Berikut adalah antara lima jenis kuih tradisional lazat daripada 80 kuih dari sembilan negeri yang boleh dikatakan sangat jarang ditemui atau sudh tidak lagi dibuat, menerusi projek buku Around West Coast Malaysia In 80 Kuih.

Maklumat menarik ini dikongsikan oleh Yayasan Hasanah, iaitu organisasi yang didorong program berimpak tinggi dan juga merupakan entiti Khazanah Nasional Berhad.


Bunga Pudak


Berasal dari Kedah, kuih segar ini yang berintikan kelapa manis diberi nama selepas pokok ‘pudak’ dan memerlukan tangan yang mahir untuk menyediakan kuih ini. Enak dimakan terus daripada ketuhar!

Serak Jagung





Kuih serak jagung mempunyai nilai eksklusif yang hanya dinikmati oleh golongan diraja Perak.


Penyediaan kuih dengan jagung parut dicampur dengan kelapa, gula dan garam sebelum digulung dalam sekam jagung, merupakan hidangan para golongan raja. Ya, sememangnya ianya satu fakta bahawa kuih ini dihidangkan secara eksklusif dan hanya dihidangkan di Istana Perak.

Tepung Kulit




Kuih tepung kulit ini seperti 'Chinese roll cake' versi Melayu.

Kuih kenyal ini terkenal dengan pola berputar yang dihasilkan dengan mengadukkan dua campuran adunan yang berbeza. Biasanya hanya dibuat berbalut daun pisang supaya ia tidak akan merosakkan kuih semasa proses membuat kuih. Macam iras kuih 'Chinese roll cake', bukan?

Kacau Keledek


Kuih kacau keledek pula berasal daripada negeri selatan Semenanjung Malaysia, Johor Darul Takzim.



Makanan istimewa dari Johor ini lazimnya digunakan untuk majlis-majlis khas sebagai hantaran atau untuk acara diraja. Nama kuih ini berasal daripada penghasilan kuih ini yang harus dikacau secara berterusan selama dua jam sehingga ia kental.

Halwa Maskat (Muscat)




Kuih halwa maskad dari Pulau Pinang ini pula boleh diibaratkan seperti manisan Turki versi Malaysia.


Sejenis kuih klasik dari Pulau Pinang, pemanis mulut ini boleh dikatakan seperti Turkish Delight versi Malaysia! Proses pembuatannya memakan masa yang lama untuk menghasilkannya kerana campurannya perlu disimpan semalaman sebelum dikacau dengan api yang rendah selama 5 jam.

Pada masa kini, kuih-muih berkenaan hanya terdapat di kedai-kedai khusus tertentu di negeri asalnya dan Kuih ini juga mampu menjadi pembuka bicara yang hebat di rumah terbuka, dan siapa yang tahu kuih-muih ini juga membangkitkan minat para tetamu yang menjamahnya.

Post a Comment

2 Comments

Mrs Pip said…
serak jagung tu time saya kecil2 mak suka buatkan... saya suka, cumanya saya tak pandai pula nak buat ... mak kalau buat, dia buat saiz besar2, kenyang makan satu dua biji...
kak tie said…
ooo..x pernah mkn lagi teringin juga nak cuba