Netizen Membawang Tentang Nasib Barang Mewah Najib,Rosmah Selepas Di Rampas

Netizen Membawang Tentang Nasib Barang Mewah Najib,Rosmah Selepas Di Rampas

Netizen Membawang Tentang Nasib Barang Mewah Najib,Rosmah Selepas Di Rampas
KUALA LUMPUR 27 Jun - Penemuan barangan rampasan seperti beg berjenama mewah dan barang kemas untuk tujuan siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pastinya menjadi buah mulut orang ramai sejak ia didedahkan kepada pelbagai pihak media hari ini.


Masing-masing bagaikan tidak mahu terlepas mengambil kesempatan untuk menulis di laman media sosial seperti Facebook atau Twitter tentang barangan yang diumumkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh.


Selain cerita tentang beg berjenama Bijan, seutas rantai emas bernilai RM6.4 juta turut menjadi perhatian orang ramai dan apabila Amar Singh mengumumkan angka bagi rantai tersebut, ramai yang ternganga setelah mendengar jumlah tersebut.

Ujar Amar Singh, sebanyak 12,000 barang kemas yang berjaya dikira adalah datangnya daripada 25 beg yang dirampas.

“Kos pembuatan barang kemas yang ditemui itu dianggarkan bernilai sekitar RM440 juta. Sekiranya ia dibawa ke dalam pasaran, harganya boleh mencecah di antara RM660 juta sehingga RM880 juta.

“Ini kerana kebiasaannya barang kemas sedemikian akan dijual pada kadar 50 hingga 100 peratus bagi setiap satu daripadanya,” katanya dalam sidang akhbar khas mengenai hasil rampasan yang diambil dari kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tujuan siasatan.

Dalam pada itu, Amar Singh turut memberitahu bagi penemuan jam tangan pula, sebanyak 423 utas jam melibatkan lebih 100 jenama seperti Rolex, Richard Mille dan Chopard bernilai RM78 juta berjaya habis dikira dalam masa tiga hari.

“Daripada pengiraan dan siasatan itu, pihak polis mendapati terdapat seutas jam tangan berjenama Rolex bernilai RM3.5 juta telah dikenal pasti,” katanya.

Post a Comment

0 Comments