Mengapa Kampung Ini Larang Gadis Guna Handphone Di Luar Rumah?

Mengapa Kampung Ini Larang Gadis Guna Handphone Di Luar Rumah?

Mengapa Kampung Ini Larang Gadis Guna Handphone Di Luar Rumah?

Sebuah kampung di Mathura, Uttar Pradesh, India melarang wanita terutama anak gadis menggunakan telefon bimbit di luar rumah atau lebih tepat di tempat awam.

Sesiapa saja wanita yang didapati menggunakan telefon bimbit di tempat awam akan didenda sebanyak 2,100 rupee.

Peraturan ini baru saja dikuatkuasakan oleh ahli majlis kampung untuk mencegah remaja perempuan berhubungan sulit dan melarikan diri dengan remaja lelaki!

Kampung ini mencatatkan kes pasangan remaja melarikan diri yang agak tinggi. Biasanya sebelum melarikan diri, kedua pasangan akan berhubung melalui telefon bimbit secara rahsia untuk menentukan masa melarikan diri dan tempat untuk bertemu.

“Setiap minggu pasti ada remaja lelaki lari bersama gadis pujaan mereka. Dalam sesetengah kes, ia boleh berakhir dengan keganasan,” kata Mohammad Ghaffar, bekas ketua kampung di tempat tersebut.

“Jadi semasa pertemuan tidak formal penduduk kampung, keputusan telah dibuat iaitu anak gadis hanya boleh menggunakan telefon bimbit di kawasan rumah sahaja,” tambahnya lagi.

“Saya ingin jelaskan, kami tidak melarang penggunaan telefon bimbit oleh wanita. Sebaliknya kami cuma melarang mereka menggunakannya di kawasan awam,” tegasnya.
Kalau hati suda suka dan nekad, pakai isyarat bunyi dan gerak tubuh pun boleh digunakan untuk berkomunikasi dengan buah hati dari jauh.

Jadi menurut kamu, adakah cara ini berkesan untuk membendung kes remaja lari dari rumah?

Post a Comment

0 Comments