Wan Azizah turun dulu dari pesawat, macam mana ni isteri turun mendahului suami .

Wan Azizah turun dulu dari pesawat, macam mana ni isteri turun mendahului suami .

Wan Azizah turun dulu dari pesawat, macam mana ni isteri turun mendahului suami .

SHAH ALAM – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tidak perlu membuktikan apa-apa di sebalik persepsi bahawa beliau hanya sekadar boneka atau ‘seat warmer’ untuk jawatan tersebut.

Ketua Umum Pakatan Harapan (Harapan), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Wan Azizah telah pun membuktikan keupayaan dan keperibadian beliau sejak memegang jawatan Presiden PKR pada 1999

“Kenyataan itu semua tahu, khidmat beliau sebagai Presiden PKR sejak 1999 kerana keadaan saya dipenjara, ditelanjang dan dalam keadaan paling merempat. Wan Azizah dapat bertahan, jadi kita lihat dan nilailah beliau dari segi keupayaan dan keperibadian,” katanya dalam sesi Terus Terang Khas bersama Anwar Ibrahim bersama Invoke Malaysia, hari ini.

Selain itu, Anwar yang juga suami kepada timbalan perdana menteri itu juga menerima kritikan masyarakat mendakwa beliau ‘overshadow’ kedudukan isterinya, Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Memang betullah persepsi bahawa saya ‘Perdana Menteri menunggu’, relatifnya tempoh dua tahun adalah jarak yang tidak lama dalam sejarah negara kita.

“Contohnya ketika turun daripada pesawat di Lapangan Terbang Kota Bharu, Wan Azizah turun dulu, macam mana ni isteri turun mendahului suami . 

Saya ikut belakang kemudian, kawan-kawan lama tak jumpa meluru apabila nampak saya , timbul pula kritikan Anwar belebih daripada Wan Azizah...sebab itu saya buat apa saya fikir betul, jangan khianat, jangan sombong dan jangan aniaya orang,” ulas Anwar.

Anwar berkata, tiada masalah jika ada pihak mempertikai dan mengkritik kononnya beliau kini berperanan sebagai pengiring Wan Azizah.

“Saya tidak terasa hati pun dengan kritikan begitu. Saya lihat Wan Azizah kini cukup selesa menjalankan tugas dan tanggungjawabnya.

“Saya sedikit pun tidak rasa tertekan apabila tengok isteri berbicara soal negara,tidak timbul saya nampak terpinggir. Itu penyakit ego, kalau terlalu terkesan,” katanya.

Post a Comment

0 Comments