Kisah KEBAYA Akad BCL Dan ASHRAF Yang Ramai Tidak Tahu

Kisah KEBAYA Akad BCL Dan ASHRAF Yang Ramai Tidak Tahu

Kisah KEBAYA Akad BCL Dan ASHRAF Yang Ramai Tidak Tahu

Sebak sekali melihat kekuatan hati Bunga Citra Lestari atau BCL saat berdepan kejutan pemergian suami tercinta, Allahyarham Ashraf Sinclair. Di tanah perkuburan San diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia, Bunga tak mampu bicara apa.

Sesekali mencium, permata hati mereka, Noah Aidan Sinclair, 10 tahun. Bertahan kuat, mengesat air mata yang sesekali keluar tanpa ditahan-tahan. Berpakaian serba putih dan selendang putih, tasbih hitam begitu setia dalam genggaman tangan kanan BCL, manakala tangan kiri tak lepas menggengam tangan Noah.

Saya tak tahu nak cakap apa kerana masih terkejut. Saya masih berusaha untuk menerimanya.” Luahnya kepada media.
Doa isteri teruji ini, agar perjalanan suaminya ke negara abadi, diberi jalan yang lapang dan diberikan yang terbaik untuknya di sana.

Sekitar 4.15 pagi waktu tempatan, di Rumah Sakit MMC, Allahyarham Ashraf disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada usia 40 tahun.

11 tahun melayari alam rumah tangga, ditinggalkan ketika cinta masih menggebu, teramatlah sukar untuk melaluinya. Lewat bicara, pereka kebaya Anne Avanti yang pernah menghasilkan persalinan pernikahan BCL dan Allahyarham Ashraf mengundang sebak di hati.

Sebuah Kisah KEBAYA Akad BCL Dan ASHRAF

Katanya menerusi instagramnya, “Sedih sekali.. sangat sedih teringat saat saya membuat baju PERNIKAHAN mereka.”
Saat yang indah.., teringat waktu itu BAJU AKAD BCL tiba-tiba HILANG.., di GANTUNGAN BAJU saat akan dikenakan saya bawa dari Butik Grand Indonesia.. ke rumah BCL.

Sambungnya, ketika dalam kenderaan sememangnya dia membawa masuk baju nikah tersebut. Tetapi ketika mahu dikeluarkan, baju itu TIDAK ADA.

Saya nangis di mobil (kenderaan) di depan rumah BCL. Dan berusaha berjuang mencari dimana hilangnya. Aneh..”
Satu jam lamanya Anne Avanti mencari baju tersebut. Dalam tempoh itu, akhirnya baju nikah itu ditemukan. Jatuh dari hanger dan berada di tempat parkir kereta Grand Indonesia. Itu pun dijumpai oleh petugas parkir tersebut.

Sebuah kisah yang tidak banyak orang tau.., yang tidak terungkap kata saat itu.

Ketika.., KEBAYA Akad Nikah itu sampai di tangan saya kembali setelah 2 jam yang ditemukan oleh tukang parkir.. saya tak terhentinya BERSYUKUR. Lalu saya menuliskan kisah KEBAYA itu dan saya serahkan secarik kertas itu kepada BCL dan ASRAF.. usai acara.”

Saya berpesan.. Tetaplah SETIA sampai MAUT memisahkan. Ini surat buat kalian, sebuah cerita tentang KEBAYA AKAD mu.

Dan hari ini, JANJI SETIA sehidup semati.. sampai MAUT MEMISAH kan, benar-benar nyata.”

Selamat jalan yang terkasih @ashrafsinclair
nna lillahi wa inna illahi roji'un.. Doa kami mengantarkan mu dalam kehidupan kekal nan abadi
.”

BCL Mahu ‘Berdampingan’ Dengan Suami

Terdahulu menerusi sebuah wawancara sebuah program pada akhir tahun lalu yang dimuat naik ke saluran perkongsian video YouTube InsertLive. Bunga menyatakan dirinya tak pernah membayangkan hidupnya tanpa Ashraf di sisi.

"Sampai sekarang aku tidak pernah bisa membayangkan hidupku tanpa Ashraf," ujar Bunga. "Sampai sekarang pandangan aku masih seperti itu. Jadi mudah-mudahan kita berdua terus diberi kekuatan untuk bisa terus mencintai satu sama lain."

Memetik laporan Detik.Hot , BCL menempah liang lahad jenis ‘semi private’ untuk dua orang ayai berpasangan kerana mahu disemadikan bersebelahan kubur suaminya.

Ketua Pegawai Eksekutif tanah perkuburan San Diego Hills, Suziani Japardy berkata, Bunga mahu ‘berdampingan’ dengan suaminya apabila dia meninggal dunia nanti.

“Itu sudah dirancang oleh BCL. Dia tidak mahu berseorangan. Pengurusnya yang menghubungi saya untuk tempahan itu,”

MW : Al Fatihah.. semoga roh Allahyarham Ashraf Sinclair di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan BCL diberi kekuatan untuk melayari kehidupan bersama permata hatinya, Noah.

Sumber/ Foto : Anne Avantie, Astroawani, Harian Metro , herstory.co.id

Post a Comment

0 Comments