Amanat Terakhir Abam Bocey Sebelum Meninggal

Amanat Terakhir Abam Bocey Sebelum Meninggal

Amanat Terakhir Abam Bocey Sebelum Meninggal
DIKEMASKINI
DUNIA hiburan dikejutkan dengan berita pelawak Abam Bocey meninggal dunia kira-kira pukul 8 pagi Isnin akibat demam panas.
Adik kepada arwah iaitu Ali Puteh mengesahkan abangnya menghembuskan nafas terakhir di kediamannya, Gombak.

“Ya, abang saya meninggal dunia akibat demam panas di rumahnya. Sekarang saya tengah menguruskan jenazah Abam,” kata Ali kepada mStar.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri Nor Hidayah dan anak lelaki berusia lima bulan.
Jenazah Allahyarham akan dimandikan di rumah dan dibawa ke Masjid Gombak Utara serta disembahyangkan selepas solat Asar.
Sementara itu menerusi Astro Gempak, isterinya, Nor Hidayah berkata, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu.
Bagaimanapun, Allahyarham enggan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
"Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.
"Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi... pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia," ujarnya.
Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey yang kini berusia lima bulan.

Post a Comment

0 Comments