Celoreng berdarah hadiah terakhir Mejar Mohd Zahir Armaya

loading...
Loading...
Celoreng berdarah hadiah terakhir Mejar Mohd Zahir Armaya

HADIAH celoreng berdarah yang diberikan Mejar Mohd Zahir Armaya kepada bapa saudaranya, Azman Aman Ramlie pada Ogos lalu mungkin petunjuk bahawa Allahyarham akan pergi buat selama-lamanya.
Sungguhpun terkejut dengan pemberian itu, Azman bagaimanapun tidak mahu memikirkan terlalu serius mengenainya.
“Saya terkejut apabila dihadiahkan celoreng berdarah pada awal bulan lalu sebagai tanda buah tangan yang dibawa pulang dari Indonesia.
“Masa tu saya dah rasa lain dan tertanya-tanya kenapa ia dinamakan begitu. Sejujurnya saya dah tak sedap hati.
Azman  (kiri) bersama abangnya yang juga bapa kepada Mohd Zahir, AR Badul (tengah).
“Malah kira-kira dua minggu lalu Allahyarham ada berkunjung ke rumah dan berkata tidak tahu bila lagi kami dapat berjumpa, mungkin itu petanda dia akan pergi buat  selamanya," katanya kepada mStar.
Azman ditemui di Masjid Muhamad Al-Fateh Kem Wardieburn, Kuala Lumpur pada Rabu ketika menunggu jenazah yang diterbangkan ke KLIA dari Kota Kinabalu, Sabah.
Turut hadir ialah keluarga Allahyarham termasuk bapa Allahyarham yang juga pelakon legenda, AR Badul serta pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Jenazah Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya tiba di Masjid Kem Wardieburn, Jalan Genting Kelang.
Jenazah Allahyarham Mohd Zahir, 36, dibawa ke Kem Wardieburn untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Tambun, Perak.
Mohd Zahir meninggal dunia selepas terkena tembakan dalam demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah pada Rabu.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Queen Elizabeth pada 9.28 pagi.

Beliau menminggalkan seorang isteri iaitu Nour Shafinar Harun, 31, dan lima orang anak termasuk dua orang daripada perkahwinan terdahulu.

Post a Comment

0 Comments