Ngauman kejayaan sang Harimau Malaya yang menggegar seluruh stadium berakhir dengan insiden rusuhan yang seterusnya mencetus situasi tegang.
Para penyokong Malaysia dibawa melalui sebuah terowong dan dikumpulkan disebuah tempat untuk dikuarantin sebagai langkah keselamatan.
Sebentar tadi pihak Polis Indonesia telah bertindak melepaskan gas pemedih mata dari pintu masuk penyokong di pintu 1.
Malah petang sebelum perlawanan, para penyokong Malaysia telah disambut dengan balingan objek ketika melangkah masuk ke stadium Gelora Bung Karno.
Dinding media sosial dipenuhi dengan video-video yang memaparkan situasi terkini di sana.
Tidak ketinggalan, laman Facebook Gabungan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) turut dihujani pelbagai komen yang meminta pihak mereka mengenakan tindakan berkaitan tragedi berkenaan.
Ambil tindakan tegas dan dibuang kelayakan dari menyertai sebarang pertandingan bola sepak.
Sumber: Facebook
0 Comments