Suami meninggal dunia, isteri dan anak dihalau dari rumah adiknya. Namun perbuatan arwah suami semasa hidup telah mengubah nasib si isteri…
Suaminya baru sahaja meninggal dunia, tetapi abang iparnya menghalau ibu dan anak keluar dari rumah milik adiknya. Dengan tidak memiliki hala tuju, si isteri menuju ke kubur suami dan menangis. Si isteri kemudian menemukan satu rahsia yang mengejutkan.
Lumei dan suaminya baru sahaja berkahwin tiga tahun yang lalu. Suaminya meninggal dari serangan jantung. Lumei dan suaminya sangat rapat dan kematian suaminya sangat menyedihkannya. Lumei akan berasa sedih setiap kali terkenangkan suaminya sehingga tidak dapat tidur dengan lena pada waktu malam.
Pada suatu pagi, abang iparnya mengetuk pintu bilik Lumei. Dia membuka dan terkejut dengan kenyataan abang iparnya yang memberitahunyanya supaya dia bersama anaknya perlu keluar dari rumah. Abang iparnya berkata bilik itu akan digunakan untuk tujuan lain.
Gambar sekadar hiasan
Lumei sangat terkejut dengan setiap perkataan yang keluar dari mulut abang mendiang suaminya itu.
Selepas Lumei dan suaminya berkahwin, mereka bersama tinggal di rumah besar milik suaminya.Suaminya memiliki rumah agam yang sangat besar dan memiliki bilik yang banyak. Berdekatan rumahnya ialah sekolah menengah. Rumahnya digunakan untuk disewakan kepada pelajar yang tinggal jauh dari sekolah tersebut. Mereka menjaga kebajikan pelajar yang menyewa dengan menyediakan hidangan makanan kepada mereka. Disebabkan permintaan bilik yang makin meningkat, setiap tahun harga sewaan semakin meningkat.
Abang iparnya menyuruh Lumei keluar supaya terdapat ruang dan bilik yang lebih untuk disewakan.
Lumei tidak mahu berpindah lagi dari rumah mendiang suaminya. Rumah ibu Lumei berada ratusan kilometer jauhnya. Dia memerlukan tempat tinggal sebagai seorang ibu tunggal yang memiliki anak.
Abang iparnya tidak mahu Lumei melengah-lengahkan perpindahannya, jadi dia meminta bantuan daripada rakan-rakannya. Barangan milik Lumei dikemaskan oleh rakan-rakannya dan dicampak keluar dari rumah. Ayah dan ibu mertua mereka tidak menghalang tindakan abang ipar Lumei, seakan membenarkan kejadian itu untuk berlaku.
Gambar sekadar hiasan
Lumei tiada pilihan lain selain menyewa bilik dan membuka gerai buah kecil dan membawa bersama anaknya untuk menjalankan perniagaan kecil ini.
Apabila kehidupan menjadi sukar, Lumei yang merindui suaminya membawa anak lelakinya ke kubur suaminya dan menangis di situ.
Setahun berlalu selepas kematian suaminya, Lumei ke kubur suaminya untuk mengingatinya. Kemudian datang dua orang asing menuju kearah Lumei dan menyapanya: Adakah awak Lumei?
Lumei mengangguk. Mereka memberi Lumei sekeping kad dan berkata kepada Lumei bahawa dia perlu melaporkan diri ke sebuah syarikat, dan seseorang akan memberinya sebuah kerja. Mereka meninggalkan Lumei selepas itu.
Malam tersebut, suaminya muncul di dalam mimpinya dan memberitahu: “Jangan risau, pergilah dan bekerjalah di sana. Mereka orang yang baik. Saya pernah menyelamatkan mereka, dan mereka ingin membalas budi yang saya pernah berikan kepada mereka.
Selepas bangun dari tidur, Lumei mengingati kembali tabiat suaminya yang suka menulis diari. Dia membawa diari itu dan membaca beberapa muka surat. Dia kemudian memahami. Memiliki suami yang merupakan seorang doktor mempunyai manfaat buatnya. Suaminya sering menjadi yang pertama untuk memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Terdapat satu kejadian banjir besar dan suaminya pernah menyelamatkan banyak nyawa manusia. Dia turut menyelamatkan meraka yang tercedera akibat dari kebakaran. Suatu ketika, suaminya pernah menyelamatkan seseorang yang terperangkap di dalam kereta yang terbakar. Selepas berjaya dikeluarkan, kereta tersebut meletup beberapa saat kemudian.
Semua bakti dan kebaikan ini tidak pernah diceritakan oleh suaminya kepada Lumei.
Suaminya seringkali menolak tawaran berupa hadiah dan wang ringgit yang diberikan oleh mereka yang diselamatkannya. Dia memberitahu mereka bahawa dia menghidapi penyakit ‘congenital heart’, dan akan mati pada bila-bila masa sahaja. Bila kejadian itu berlaku, tolonglah bantu dan jaga isteri dan anaknya.
Disebabkan kata-kata itu, pasangan yang diselamatkan oleh suami Lumei datang dan memberinya kerja untuk berhadapan hari-hari yang mendatang.
Selepas memahami situasi tersebut, Lumei datang ke pejabat tersebut kemudian harinya.
Ramai yang datang menjenguk Lumei, dan memberinya peluang untuk menjalankan perniagaan. Seorang daripada berikut menawarkan Lumei untuk tinggal di rumahnya dan menawarkannya untuk tinggal di rumahnya selama mana yang dia mahukan.
Waktu sukarnya sudah tamat. Lumei kini semakin rindukan suaminya. Segala yang diperolehinya kini merupakan hadiah daripada tindakan mulia suaminya.
Lumei kemudian menyertai sebuah organisasi kebajikan. Dia mahu meneruskan wasiat suaminya, dengan membantu mereka yang memerlukan.
Kisah ini dipetik daripada internet, tetapi mengajar kita sesuatu yang bernilai. Perbuatan atau niat yang baik akan mendapat balasan yang baik.
0 Comments