PUTERI Diana didakwa masih hidup 22 tahun selepas dia disahkan maut dalam kemalangan ngeri di Terowong Alma dekat Paris pada 31 Ogos 1997.
Semasa kejadian, kereta membawa Diana dan kekasihnya, Dodi Fayed dipandu laju selepas dipercayai dikejar paparazi.
Namun inkues kematian Diana dan Dodi kemudian mendapati Henri Paul, pemandu kereta Mercedes yang dinaiki pasangan itu berada di bawah pengaruh alkohol.
Teori konspirasi itu timbul ketika Putera William dan Putera Harry membuat persiapan untuk majlis memperingati ulang tahun kematian ibu mereka pada Ahad.
Ondine didakwa mempunyai bentuk fizikal sama seperti Diana.
Teori tidak berasas itu timbul gara-gara sebuah video di YouTube yang dimuatnaik kira-kira empat minggu lalu.
Video itu menimbulkan pelbagai andaian mengenai kisah Diana.
Netizen menyifatkan Diana sebenarnya masih hidup sebagai sosialis Perancis bernama Ondine de Rothshild.
Namun Ondine sebenarnya adalah anak perempuan kepada Elie de Rothschild yang juga jutawan Perancis.
Ondine merupakan anak perempuan jutawan Perancis.
Menurut teori itu, Ondine mempunyai beberapa persamaan dengan Diana termasuk mata, telinga dan mulut.
Ondine turut dilihat gembar berambut pendek warne blonde sama seperti Puteri Diana dan mereka juga memiliki ketinggian yang hampir serupa.
Namun sebenarnya video tersebut hanyalah menunjukkan wajah Ondine yang didakwa serupa dengan puteri kesayangan rakyat Britain itu.
"Wow itu benar-benar dia! Kebenarannya lebih menakutkan berbanding cerita fiksyen," tulis netizen. - Dailystar.co.uk
0 Comments