Video Terbaru Haziq?

Video Terbaru Haziq?

 Video Terbaru Haziq?



KUALA LUMPUR 3 Julai - Sebuah rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang dipercayai dirakam di Hotel Four Point sekali lagi tersebar dengan memaparkan kelibat Haziq Abdullah Abdul Aziz dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Video berdurasi lebih tiga minit itu menunjukkan pergerakan Haziq Abdullah berjalan dari lobi hotel menuju ke bilik yang dipercayai didiami Mohamed Azmin.


Selain itu, rakaman itu turut memaparkan individu mirip Setiausaha Politik Mohamed Azmin, Hilman Idham di tingkat sama.

Kelibat Hilman juga dilihat beberapa kali melalui bilik berkenaan antara pukul 12.23 tengah malam sehinggalah pukul 12.06 tengah hari.

Haziq Abdullah sebelum ini membuat pengakuan bersumpah bahawa beliau merupakan individu atas ranjang bersama Mohamed Azmin pada 11 Mei semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan.-UTUSAN ONLINE

Post a Comment

0 Comments