Tidak Hormat Ibu Tiri,Lelaki Di Ekori Ribuan Anjing Di Makkah

Tidak Hormat Ibu Tiri,Lelaki Di Ekori Ribuan Anjing Di Makkah

Tidak Hormat Ibu Tiri,Lelaki Di Ekori Ribuan Anjing Di Makkah
Pelbagai perkara aneh dan pelik sering kali kita dengar ketika seseorang berada di Tanah Suci Makkah. Sama ada ianya spontan ataupun disedari.
Kadang-kadang kita terfikir adakah ini ujian dari Allah atas apa yang kita lakukan di dunia ini ataupun disebabkan kelalaian kita sendiri. 
Apa jua pun ujian dari Allah, ianya untuk menyedarkan kita untuk menyedarkan kita dari terus alpa dengan duniawi. Bersama-samalah kita ambil iktibar dan akan terus menambahkan ketakwaan kita kepada Allah swt.
 kisah yang dikongsikan oleh seorang penceramah terkenal, Ustaz MK Azman dari Emkay Future Training & Consultancy mengenai kisah pelik yang berlaku kepada seorang warga emas di Tanah Suci Makkah.



Ustaz Mk Azman

“Pakcik ini sudah berusia 75 tahun. Bila dapat jemputan jadi tetamu Allah mengerjakan ibadah haji dia gembira kerana terpilih dari jutaan umat Nabi Muhammad dapat ke sana. Segala persiapan sudah dilakukannya termasuk menghafal segala doa yang perlu.
“Mungkin membawa sama sikapnya semasa di kampung yang tidak menutup aurat ketika mandi, ketika berada di Makkah, pakcik ini melakukan hal yang sama di Makkah. Seperti sedia maklum, apa saja yang kita niatkan atau lakukan di Makkah, doa lebih mudah termakbul.
“Selepas mandi tanpa memakai kain demi menutup auratnya, malam itu warga emas ini bermimpi didatangi lalat yang menghurung seluruh tubuhnya terutama di bahagian kemaluannya. Mungkin petanda bahawa dia patut “malu” dan menutup auratnya. Pakcik ini kemudiannya bertanya kepada mutawiif yang bertugas tentang mimpinya itu. Mutawaf ini kemudian menerangkan kepadanya bahawa Allah memberinya petanda bahawa tutuplah aurat. Dia kemudian malu dengan perbuatannya dan seterusnya bertaubat meminta ampun di atas kelalaiannya. Ahamdulilillah selepas itu, tiada lagi lalat mengharunginya.
Masa yang sama kata Ustaz Mk Azman, sebenarnya ketika individu mandi di dalam bilik yang bertutup, dinding dan pintu itu sudah ditafsirkan sebagai menutup auratnya tetapi adalah lebih afdal jika ada kain yang menutup auratnya.



Amalan tidak menutup aurat ketika mandi di Makkah akhirnya membuatkan dirinya dihurungi lalat setiap masa. Pakcik ini kemudiannya bertaubat atas kesilapannya.

Kata Ustaz Mk Azman lagi, tidak hanya cerita warga emas berkenaan tetapi ada satu yang cukup memberi pengajaran. Ia mengenai seorang anak muda yang berjaya dalam pelajarannya. Dari kecil dia dibela oleh ibu tirinya selepas kematian emak kandungnya.
Dia dijaga bagai minyak yang penuh, tidak luak kasih sayangnya biarpun dia punya adik beradik tiri yang lain. Tapi sayang, kasih sayang ibu tirinya sedikit pun tidak pernah melekat di hatinya. Hatinya selalu memberontak biar pada hal yang kecil. Mulutnya sentiasa berkata jahat dan tidak menghormati langsung emak tirinya biar ditegur oleh bapanya.
Rezekinya, dia dapat mengerjakan haji pada usia muda. Malangnya sebelum berangkat, dia tidak pun meminta maaf kepada ibu tirinya di mana egonya tetap tinggi.
Namun Allah mahu menunjukkan kuasanya. Sebaik kakinya dijejak ke Tanah Suci Makkah, dia terpandang ribuan anjing. Ke mana-mana saja dia pergi, anjing mengekorinya. Bila ditanya kepada rakan-rakan jemaah, kata mereka bagaimana sucinya kota Makkah, tak mungkin anjing yang sifatnya najis berat itu berada di sini. 
Dia terus bingung dan pelik dengan kejadian. Ketika solat di Masjidilharam pun dia terpandang anjing. Sehinggalah dia bertemu mutawif yang kemudian menyoal latar belakangnya. Kerana tidak hormatkan emak tirinya dan selalu memarahi orang tua itu, Allah pertunjukkan anjing yang mewakili sifat dirinya.
Apa sifat anjing? Biar orang beri makanan, dia sanggup menggigit, samalah dirinya biar diberi kasih sayang, tapi tidak tahu membalasnya,” kata Ustaz Mk Azman ketika dihubungi.



Suasana di Makkah ketika musim haji

Dalam pada itu, kala ditanya tentang doa haji mambur yang selalu didoakan oleh orang ramai kepada mereka yang dapat mengerjakan haji, kata Ustaz Mk Azman, haji mambur bermaksud menepati syarat dan rukun haji di mana individu itu melalui semua ujian di Tanah Suci Makkah dengan penuh kerendahan hati dan jiwa.
“Untuk mendapat haji mambur, kita boleh lihat sebaik dia pulang ke tanah air. Sebagai contoh, dulu solat hujung waktu, kini berubah lakukan awal. Perbuatan, tata cara hidupnya juga bertukar. Kata orang satu perubahan yang lebih baik. Tapi kalau perbuatan dan caranya masih sama, biar dia pernah mengerjakan haji, hanya tittle haji sajalah dia peroleh, bukan haji yang mambur,” katanya menjelaskan jika seseorang pergi mengerjakan haji kita mendoakannya dengan perkataan haji mabrur, tapi jika mengerjakan umrah disarankan berdoa perkataan maqbul bullah.

Post a Comment

0 Comments