Teka Teki Sudah Terjawab Tapi Siapa Bapa Kandung Bayi Rihana Oksana?

Teka Teki Sudah Terjawab Tapi Siapa Bapa Kandung Bayi Rihana Oksana?

  Teka Teki Sudah Terjawab Tapi Siapa Bapa Kandung Bayi Rihana Oksana?

Teka-teki status perkahwinan Ratu Cantik Moscow, Rihana Oksana Gorbatenko akhirnya terjawab selepas peguam mengesahkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sah bercerai talak tiga.

Perceraian tersebut ternyata mengejutkan ramai pihak memandangkan mahligai perkahwinan pasangan itu hanya mampu bertahan selama 13 bulan sahaja dan baru saja menimang putera sulung mereka pada Mei lalu.


Terbaru, Daily Mail melaporkan, peguam Koh Tien Hua mempersoalkan bahawa tiada bukti mengatakan Sultan Muhammad V adalah bapa kandung kepada bayi berkenaan.

“Peguamnya kini mempersoalkan sama ada baginda adalah bapa sebenar anak lelaki mereka. Tidak ada bukti mengatakan baginda bapa kepada bayi berkenaan”




Bagaimanapun, semalam Oksana ada memuat naik foto bersama cahaya matanya mengatakan beliau berbangga darah Malaysia mengalir dalam tubuh anaknya.

Sabtu lalu, Koh Tien Hua mengesahkan mengenai cerai talak tiga Sultan Kelantan ke atas Ratu Cantik Moscow, Rihana Oksana Gorbatenko. Menurut laporan, Tien Hua berkata pihaknya sudah menghantar surat cerai kepada pihak peguam Rihana.

Bagaimanapun, menerusi sebuah portal, Rihana mendakwa beliau masih isteri kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan memberitahu beliau tidak pernah mendengar sebarang talak dijatuhkan.

Post a Comment

0 Comments