Makhluk separuh anjing separuh manusia di tepi sungai

loading...
Loading...
Makhluk separuh anjing separuh manusia di tepi sungai

SOROTAN video menunjukkan makhluk misteri yang mempunyai rupa separuh anjing dan manusia yang ditemui di sebatang sungai di negeri Texas. - YOUTUBE

SAN BENITO, Texas - Satu makhluk misteri mempunyai rupa separuh anjing dan separuh manusia mengejutkan dua nelayan yang melihatnya di tepi sebatang sungai di negeri Texas, lapor akhbar Daily Star.

Kejadian itu dirakam di bandar San Benito, Texas dan bermula dengan dua nelayan tersebut menyusuri sebatang sungai.


Di tebing bertentangan pula, kelihatan satu lembaga berkaki empat sedang minum air.

“Apakah benda itu, adakah ia seekor anjing?” soal salah seorang nelayan berkenaan yang berjaya merakam makhluk itu.

Sedar ia sedang diperhatikan, makhluk itu berdiri menggunakan dua kaki belakangnya lalu beredar di celah-celah rumput yang tinggi.

Terkejut, lelaki yang membuat rakaman itu berkata:“ Saya sempat merakamnya”. Rakannya didengari berkata: “Apakah bendanya itu kawan?”.

Saluran Disclose Seven memuat naik klip video itu di laman YouTube pada Sabtu lalu dan mendakwa rakaman itu pada asalnya muncul enam tahun lalu dan dirakam oleh seorang lelaki bernama Reuben.

Dia memberikan tajuk, ‘Makhluk anjing robot manusia dirakam?’.

Beratus-ratus penonton memberikan pendapat mereka berhubung rakaman ganjil itu.

“Makhluk itu mungkin Bigfoot,” kata seorang netizen.

“Rakaman ini bukan palsu. Reaksi terkejut mereka bukan dibuat-buat,” kata seorang individu lain. – Agensi

Post a Comment

0 Comments