Kucing jumpa bayi baru lahir atas rumput

Kucing jumpa bayi baru lahir atas rumput

Kucing jumpa bayi baru lahir atas rumput



Kelahiran yang tidak diundang, itulah yang dapat digambarkan mengenai kes pembuangan bayi yang berlaku di negara kita ini. Anak yang tidak berdosa dibuang seperti sampah yang tidak bernilai.


Baru-baru ini, seorang bayi perempuan comel dan cukup sifat ditemui di Jalan Dusun Muda, Kota Bahru, Kelantan, dalam keadaan tanpa seurat benang di atas rumput berdekatan sebuah rumah.

Kejadian berlaku pada awal pagi, penghuni rumah tersebut dikenali sebagai, Mohd Norazam Che Wahab, telah melepaskan kucing peliharaannya ke luar.

Namun, pelik apabila dilepas kucingnya terus berlari pantas ke arah kawasan rumput berhampiran tempat pembakaran sampah, risau haiwan peliharaannya itu hilang dia mengekorinya sebelum terdengar tangisan bayi.

“Saya tanya jiran, mereka beritahu saya tidak ada bayi di rumah itu sebelum ternampak seorang bayi perempuan tidak berpakaian di atas rumput…”
Sementara itu, menurut salah seorang jiran, mendakwa ketika mahu menghantar anak ke sekolah, dia melihat ada sebuah kereta yang berhenti di kawasan tersebut agak lama namu tidak mengesyaki apa-apa sebelum bayi itu ditemui.

“Nampak tapi tak syak apa-apa yang pelik sampailah dia sendiri beritahu perkara itu kepada saya selepas penemuan bayi ini…”
Kisah bayi tersebut yang mula tular di media sosial, telah membangkitkan rasa simpati netizen, ramai yang kasihan melihat bayi yang putih gebu dan comel itu dibuang begitu sahaja.

Malah, ada dalam kalangan netizen meluahkan hasrat untuk mengambil tanggungjawab menjaga bayi perempuan tersebut.

Sumber : Sinar Harian




Post a Comment

0 Comments