Malah, perubahan zaman turut memaksa mereka untuk menjadi lebih kreatif dalam membentuk generasi baharu.
Satu situasi yang biasa dilalui ibu bapa yang mana anak-anak dari usia kecil sudah didedahkan dengan gajet hinggakan mereka buntu bagaimana untuk menghentikan tabiat itu.
Tular di Twitter, pasangan dari Johor ini membuat satu 'prank' kreatif yang mana ia berjaya membuatkan anak-anak mereka enggan lagi bermain telefon bimbit.
Menurut Mohd Rahseed Nisran, 32, dia dan isterinya, Rita Sofia Abdul Rahman, 30, mendapat inspirasi untuk menggunakan kaedah itu berdasarkan satu posting di laman Facebook.
Solekan mata yang dilakukan ke atas dua anaknya.
"Mula-mulanya nampak kat Facebook. Sewaktu anak-anak tidur, saya dan isteri cuba buat. Dia ambil mekap dan conteng mata anak.
"Bila dah bangun tu, abang dia pelik tengok mata adik hitam. Mata dia pun hitam juga.
"Kami cakap, mata jadi macam tu sebab suka main telefon, terus mereka berdua menangis," ujarnya sewaktu dihubungi mStar pada Isnin.
Pagi tadi anak saya minta telefon, saya ingatkan balik pasal mata jadi hitam, terus dia tak nak. Nak pegang telefon pun takut.
MOHD RAHSEED NISRAN
Berkongsi kisah menghiburkan itu di media sosial, dia yang mesra disapa Rahseed mengakui ada segelintir individu yang memberi komen negatif.
Menafikan tindakan itu membawa trauma buat anak-anaknya, Rahseed berkata kaedah itu cukup berkesan khususnya untuk mengelakkan mereka leka menghadap gajet semata-mata.
Perkongsian yang tular di Twitter.
"Pagi tadi anak saya minta telefon lagi, saya ingatkan balik pasal mata jadi hitam, terus dia tak nak. Nak pegang telefon pun takut.
"Saya dan isteri bekerja, jadi kami tinggalkan mereka dengan nenek. Biasanya mereka suka buka Youtube untuk tengok Beyblade dan Upin & Ipin.
"Bercakap pasal mendidik anak-anak, memang banyak cabaran dan ia berbeza dengan zaman dulu. Sekarang dah advance. Jadi kita kena lebih kreatif.
Potret keluarga Rahseed dan Rita.
"Kalau dulu main kat luar selamat je, sekarang nak lepas depan rumah pun risau. Hantu tak risau, tapi lebih risau pada manusia," ujarnya yang menetap di Bukit Indah, Uda Utama, Johor.
Dalam pada itu, kisah mengenai dua anaknya, Raimi Ramani, 7, dan Raees Rafael, 3, menjadi tular selepas dimuat naik ke Twitter oleh abang iparnya.
Dia turut mempunyai seorang lagi cahaya mata, Rafa Rizqi yang baru berusia tujuh bulan.
Tiga cahaya mata comel dalam keluarga itu.
Posting mengenai anak-anaknya sehingga kini menerima lebih 7,000 ulang kicau (Retweet) dan turut dihujani komen-komen netizen.
"Aku tunjuk dekat anak sedara aku. Dia insaf sejam lepas tu dia minta fon dia cakap janji tengok jauh jauh je," tulis @martalktalk,
"Nak je aku buat dekat adik sepupu aku yang kaki main fon. Tapi tu lah. Mak dia kuat merajuk lak kalau kita apa-apakan anak dia. Haih," tulis seorang lagi netizen.
0 Comments