Baru Berpisah Dengan Fizo Omar, Mawar Dah Kena Tegur Pasal Edah

Baru Berpisah Dengan Fizo Omar, Mawar Dah Kena Tegur Pasal Edah

Baru Berpisah Dengan Fizo Omar, Mawar Dah Kena Tegur Pasal Edah


Wanita yang sedang menjalani `iddah talak raj`ie mempunyai batas hukum yang perlu dipatuhi sepanjang berada dalam tempoh tersebut. Ini kerana hubungan atau pertalian perkahwinan antara suami isteri yang bercerai secara talak raj`ie masih wujud.

Bagi wanita yang sedang menjalani `iddah talak ba’in, mereka juga mempunyai batas hukum tertentu sepanjang berada dalam tempoh tersebut.Antara perkara-perkara yang perlu dipatuhi oleh mereka ialah:

1.Haram menerima pinangan lelaki ajnabi.

2.Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Jika perkahwinan dilangsungkan semasa dalam tempoh tersebut, pernikahan itu adalah tidak sah dan pasangan tersebut wajib dipisahkan.

3.Tidak dibenarkan keluar rumah kecuali dalam had dan batas yang diperlukan sahaja. Antara keperluan penting yang membolehkan keluar rumah ialah untuk bekerja, mendapatkan rawatan perubatan dan keperluan-keperluan lain yang penting dan mendesak, dengan syarat mereka dapat menjaga peraturan dan adab-adab seperti yang disyariatkan Islam. Termasuk dalam larangan keluar rumah juga ialah keluar untuk bermusafir walaupun untuk menunaikan ibadat fardu haji. Justeru dalam hal ini, keluar rumah tanpa keperluan yang penting dan mendesak adalah tidak dibenarkan sama sekali.

4.Tidak dibenarkan berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi kebiasaannya tinggal semasa masih dalam ikatan perkahwinan. Ini kerana, sepanjang tempoh `iddah dengan talak ba’in, bekas suami masih berkewajipan menyediakan tempat tinggalnya dandilarang daripada menghalau keluar isteri yang diceraikan. Namun, sekiranya terdapat bahaya dan kemudaratan yang boleh mengancam keselamatan nyawa dan harta benda seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi dan sebagainya, mereka dibolehkan keluar dan meninggalkan rumah tersebut sehinggalah bahaya atau kemudaratan tersebut hilang atau dapat diatasi.

5.Disunatkan berkabung dan meninggalkan amalan berhias kerana dibimbangi dengan berhias itu boleh mendorong kepada maksiatdan kerosakan serta membawa kepada fitnah.

Ahli perniagaan tudung, Mawar Abdul Karim diserang warganet gara-gara memuat naik gambar dirinya sedang berseronok bersama anak, Wan Maryam di sebuah pusat membeli-belah malam tadi.




Rata-rata warganet mempertikaikan tindakannya yang seolah-olah langsung tidak menghiraukan status dirinya yang sedang dalam tempoh edah selepas bercerai dengan pelakon Fizo Omar enam hari lalu.

Atas sebab itu, Mawar kemudiannya ‘diserang’ warganet yang merasakan dia tidak wajar untuk berkongsi kegembiraan itu kepada pengguna sosial media.

Walaupun sekadar mahu menggembirakan anak, Mawar sepatutnya arif tentang batas hukum yang perlu dipatuhi sepanjang dalam tempoh tersebut. Tindakannya itu sebenarnya mengundang fitnah.

Antara Teguran Orang Ramai

“Di rumah pun boleh membahagiakan anak. Tidak perlu sampai keluar rumah”.

“Dalam tempoh edah kan, jadi beringatlah,” antara komen pedas warganet yang dilemparkan dalam ruangan Instagram Mawar.







Mawar berkahwin dengan Fizo pada 2013 sebelum mengambil keputusan untuk berpisah pada 10 Julai lalu. Perkahwinan pasangan itu menjadi perbualan selepas Fizo dikatakan menyambut Aidilfitri secara berasingan.Hak penjagaan Wan Maryam yang kini berusia dua bulan diberikan kepada Mawar.

Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap telah menyusun secara terperinci perkara-perkara yang berkaitan dengan nikah, cerai dan rujuk sebagai satu panduan hukum yang wajib dipatuhi oleh umat Islam.Bagi isu yang melibatkan perceraian, terdapat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian seperti nafkah `iddah, mut`ah, hak penjagaan anak dan pembahagian harta sepencarian. Selain daripada itu, satu lagi perkara penting bagi seorang isteri yang diceraikan ialah tempoh `iddah yang wajib ditempuh oleh mereka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.



SumberKredit:MHETV via monyethijau

Post a Comment

0 Comments