Siapa di sini suka melihat mural? Siapa yang tidak suka kan. Malah, jika terdapat mural depan mata pasti anda tidak akan lepaskan peluang untuk bergambar bukan?
Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook Lily Sam telah berkongsi beberapa gambar mural di sekitar Kampung Baru Mambau yang terletak di Seremban. Jika dilihat, terdapat banyak gambar mural yang dilukis, tidak terhad pada dinding, malah pada pili bomba dan beberapa tempat yang tidak disangka-sangka.
Persoalannya, siapa yang melukis mural ini? Ianya masih menjadi tanda tanya. Pastinya kawasan sekitar Kampung Baru Mambau ini akan menjadi ‘hot spot’ untuk pelancong datang bergambar.
Lihat sahaja bagaimana mural dapat menarik ramai pelancong di Pulau Pinang. Akan tetapi, diharap dengan adanya mural ini tidak akan mengubah karakter kehidupan masyarakat setempat kelak. Berikut merupakan antara gambar mural yang dikongsikan.
Mana satu lukisan kegemaran anda? Bagi kami, lukisan Dumbo sangat mencuit hati. Mungkin anda boleh ke sana untuk bergambar dan muat naik di media sosial anda.
0 Comments