Peguam kepada Sultan Muhammad V, Koh Tien Hua dipetik Sinar Harian sebagai menafikan dakwaan Rihana yang mengatakan dia tidak mengetahui dirinya sudah diceraikan.
“Baginda bercerai talak tiga dengan Rihana Oxana Gorbatenko dengan kehadiran dua orang saksi Islam yang berwibawa berdasarkan undang-undang syariah.
“Mahkamah Syariah Kelantan telah memberikan kebenaran untuk perceraian serta mengeluarkan sijil perceraian pada 1 Julai lalu.
“Rihana dimaklumkan tentang perceraian yang tidak boleh ditarik balik itu pada 22 Jun melalui peguamnya, Alexander Dobrovinsky & Partners Rusia dan satu salinan sijil perceraian telah diberikan kepadanya melalui peguamnya pada 20 Julai lalu,” katanya dilaporkan sebagai berkata.
Semalam, Koh membuat pengesahan mengenai cerai talak tiga Sultan Kelantan ke atas Rihana.
Menurut Koh firma guamannya sudah menghantar surat cerai talak tiga terbabit kepada pihak peguam Rihana.
New Straits Times (NST) dalam sebuah laporan sebelum ini memetik sumber menyatakan pasangan itu bercerai pada 22 Jun lalu, manakala pemfailan cerai adalah pada 1 Julai di Mahkamah Syariah Singapura.
Rihana bagaimanapun menafikan sudah bercerai dan turut membidas pihak yang menyebarkan sijil perceraian membabitkan dirinya dan Sultan Muhammad V.
Wanita berusia 26 tahun itu menjelaskan dia tidak ke Singapura pada Jun bagi tujuan itu sebaliknya hanya bersama cahaya matanya yang baru dilahirkan di Rusia.
Selain itu, portal berpangkalan di Singapura, berita.mediacorp.sg yang memetik kenyataan Mahkamah Syariah Singapura pada 19 Julai berkata, mahkamah itu tidak mempunyai rekod perceraian difailkan Sultan Muhammad V dan Rihana.
Semalam, Malaysiakini melaporkan Rihana mendakwa dia tidak pernah mendengar sebarang talak dijatuhkan secara bersemuka dengan dirinya.
Untuk rekod, seseorang isteri tidak perlu hadir ke mahkamah syariah untuk mendengar lafaz cerai dijatuhkan kerana suami boleh melafazkan cerai di luar mahkamah sebelum ia direkodkan.
Pengesahan terbaru peguam Sultan Muhammad V itu dilihat menjawab persoalan melibatkan status perkahwinan Sultan Muhammad V dengan Rihana.
Pada Nov tahun lalu, gambar perkahwinan baginda dengan bekas ratu cantik Rusia itu tular di media sosial. Berita perkahwinan itu juga mendapat liputan pelbagai media antarabangsa.
Pada 6 Jan tahun ini, Sultan Muhammad V menggemparkan negara apabila meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.
Sahabat Baik Dedah Kisah Perc3raian Rihana Oksana, Balik Negara dan Sertai ‘Miss Russia’
Kemelut perc3eraian Sultan Muhammad V dan Rihana Oksana Gorbatenko menjadi perbualan ramai namun sehingga kini masih belum ada penjelasan atau pengesahan daripada kedua-dua pihak.
Terbaru, menurut Sinar Harian, seorang sahabat Rihana mengesahkan yang bekas Miss Moscow itu telah berc3erai dengan Sultan Muhammad V.
Sumber: Sinar Harian
Sumber: Instagram
Malah, Tatyana Andreeva sendiri telah memberi kenyataan kepada akhbar tempatan Rusia, Komsomolskaya Pravda, Rihana sudah pun kembali ke Rusia untuk sertai pertandingan Ratu Cantik Rusia atau Miss Russia pada 26 Jun lepas.
Malah, Tatyana Andreeva sendiri telah memberi kenyataan kepada akhbar tempatan Rusia, Komsomolskaya Pravda, Rihana sudah pun kembali ke Rusia untuk sertai pertandingan Ratu Cantik Rusia atau Miss Russia pada 26 Jun lepas.
Dia menyertai pertandingan ini dan sudah pun bercerai. Kini dia menetap di Moscow.”
Sumber: Instagram
Evgeny Tarlo, peguam kepada Rihana bagaimanapun mendakwa anak guamnya itu tidak menerima sebarang dokumen rasmi berhubung perceraiannya. Menurutnya, berita tentang perceraian itu hanyalah khabar angin yang disebarkan media.
Kami tidak menerima sebarang dokumen rasmi. Kami tidak tahu apa-apa.”
Sumber: The Sun
Terdahulu, Awani melaporkan Rihana, 27, telah diceraikan tal@ak tiga berdasarkan satu sijil perceraian rasmi yang sudah mendapat kelulusan Mahkamah Syariah Kelantan.
“I want to live with him till the end of my life” – Rihana Buat Kejutan Lagi, Muat Naik Video Temuramah Eksklusif di IG
Setelah beberapa siri posting Instagram dimuat naik Rihana Oksana Gorbatenko mengenai hubungannya dengan Sultan Muhammad V menimbulkan persoalan ramai, kali ini Rihana sekali lagi membuat kejuVtan.
Menerusi posting Instagram terbarunya, Rihana memuat naik video temuramah eksklusif yang memaparkan kehidupannya dengan Sultan Kelantan tersebut. Posting ini pulak dibuat sehari lepas Istana Kelantan mengeluarkan kenyataan tiada sesiapa boleh digelar sebagai Raja Perempuan Kelantan tanpa pengumuman rasmi. Uish!
Menerusi sedutan wawancara eksklusif tersebut, Rihana memberitahu bahawa dia amat mencintai suaminya dan berusaha akan melakukan yang terbaik untuk hubungan mereka.
Manakala Sultan Muhammad V pula berkata,
“Keutamaan dalam keluarga mestilah anak kita sendiri. Ini kerana merekalah yang bakal meneruskan legasi keluarga ..
“2 perkara lain yang penting bagi saya ialah passion dan understanding…”
Berikut video penuh sedutan tersebut:
Pihak Istana Kelantan turut menggesa rakyat Malaysia agar tidak mudah percaya dengan maklumat yang tersebar di media sosial dan ia merujuk kepada penyebaran pelbagai kisah melibatkan Sultan Muhammad V melalui Instagram.
Sama samalah kita tunggu kenyataan rasmi dari kedua-dua pihak… Doakan yang baik-baik…
sumber; lobak merah
0 Comments