Kisah ke 2 percintaan Tuanku Sultan Muhammad V dengan Permaisuri Rihana .

loading...
Loading...
Kisah ke 2 percintaan Tuanku Sultan Muhammad V dengan Permaisuri Rihana .


Selepas pertemuan pertama, saya dan bakal suami meneruskan komunikasi melalui telefon setiap hari. 

Kami ingin berjumpa sekali lagi tetapi terlalu susah disebabkan kontrak peragawati saya, dan juga kerana kami berdua tinggal berjauhan.

 Saya juga diberi kontrak satu tahun di luar Russia oleh sebuah syarikat yang terkenal untuk berkerja sama dengan syarikat tersebut. 

Menurut kontrak ini saya terpaksa berpindah ke New York. Pada masa itu, bakal suami saya amat kecewa dan meminta saya supaya tidak membuat sebarang keputusan selagi tidak berjumpa sekali lagi. 



Kemudian saya mendapat jemputan untuk pergi ke Malaysia bersama ibu dan bapa saya. Jadi saya menerima jemputan itu dan pergi ke sana dengan ibu saya. 

Kami amat terpesona apabila melihat sendiri negara ini dan saya telah jatuh cinta dengan negara Malaysia. 

Saya tidak akan melupakan malam yang amat romantis apabila bakal suami saya meluahkan perasaanya dan memberitahu yang dia telah jatuh cinta kepada saya pada kali pertama kami bertemu. 

Dia juga memberitahu yang dia amat menyenangi dengan saya dan ingin saya menjadi suri hatinya.

 Maka, itulah permulaan cerita cinta kami. Malaysia adalah tanah tumpah anak saya dan dengan adanya anak ini, saya tahu saya telah membuat pilihan yang amat tepat. Alhamdulillah

Rihana

Post a Comment

0 Comments