Susulan kemelut barangan kemas yang dijadikan hadiah oleh usahawan kosmetik Datuk Seri Vida kepada penyanyi Aishah akhirnya berakhir hari ini apabila Datuk Vida menunaikan janji menggantikan berlian palsu sebelum ini.
Namun, timbul pula isu baru apabila Aishah rasa terhina dan diperlekehkan oleh Datuk Vida yang menayang dan meletakkan dua berlian berharga masing-masing RM27,100 dan RM12,920 di dalam keropok kulit ikan.
“Saya hanya minta hak, tapi diperlekehkan sebegitu rupa. Kasihankan menjadi artis?
Anda sendiri boleh tengok keikhlasan orang. Pernah ke orang bagi barang tapi letak dalam kerepek dulu dan campak.” – luah Aishah kepada Harian Metro.
Menurut Aishah, dia juga tidak tahu menahu mengenai sidang media yang dibuat oleh Vida dan dia menafikan dirinya terdesak apabila Vida mendakwa dia terlebih dulu sampai di kedai emas untuk membuat pilihan.
“Bagi saya ini penghinaan dan diperlekehkan. Dari awal lagi saya dan suami dikatakan tidak menyempat mahu memilih barang kemas sedangkan jadual padat dan masa itu saja yang ada. Tak perlu nak perlekehkan macam kita tak pernah jumpa berlian,” – Aishah.Menurut Aishah lagi, Gegar Vaganza 4 adalah pentas profesional serta bukan pentas mak cik bawang pergi menyanyi di kenduri kahwin dan tuan rumah bagi hadiah ‘ikhlas’.
Aishah menjelaskan peguamnya masing-masing sibuk dan sebab itulah dia terus ke kedai emas tersebut dan memberitahu Vida menyelesaikan bayaran hari ini iaitu meruapakan hari terakhir ikut perjanjian.
0 Comments