Video p@n@s mirip menteri terbongkar, Ummi Hafilda pula luah perasaan

Video p@n@s mirip menteri terbongkar, Ummi Hafilda pula luah perasaan

Video p@n@s mirip Azmin Ali terbongkar, Ummi Hafilda pula luah perasaan






Video hubungan sejenis yang didakwa melibatkan orang kenaman negara yang tular hari ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi. Ramai juga yang telah tampil memberikan pandangan masing-masing.

Pagi tadi, salah seorang lelaki yang berada di dalam video seks sejenis itu telah tampil mengaku dan bersumpah bahawa individu tersebut adalah dirinya.  Dikenali sebagai Haziq Aziz, lelaki tersebut juga merupakan setiausaha sulit kanan seorang timbalan menteri.

Dia telah mendakwa bahawa pasangannya di dalam video panas itu adalah Azmin Ali yang juga merupakan menteri kabinet dalam pentadbiran negera. Disebabkan hal tersebut, Azmin Ali teruk dihentam netizen dan juga ahli keluarganya sendiri.

                       
Menerusi satu muat naik dari akaun Facebook adik kepada Azmin iaitu Ummi Hafilda Ali, dia mendakwa bahawa doanya hari ini telah dimakbulkan kerana terlalu lama memegang rahsia abangnya.

Ummi Hafilda turut meminta agar pihak berkuasa menjalankan tugas sebaiknya supaya membongkar segala kegiatan yang didakwa dilakukan oleh Azmin Ali.



Dia turut bersyukur kerana selepas berpuluh tahun akhirnya nasib dirinya terbela selepas difitnah sebegitu lama.

Walaupun tidak sahih lagi sama ada video yang tersebar itu benar ataupun tidak, namun luahan daripada Ummi Hafilda telah menimbulkan spekulasi baru mengenai hubungan mereka sekeluarga.

Status Ummi Hafilda itu telah mendapat ribuan komen daripada netizen yang rata-rata sekadar menunggu tindakan seterusnya daripada mereka yang terlibat. Mereka telah meninggalkan pelbagai maklum balas di Facebook sejak status tersebut tular.



Sumber : Ummi Hafilda Ali


Post a Comment

0 Comments