Fizo Terkejut...Mawar Dedah Punca Terpaksa Beraya Berasingan Dengan Fizo

loading...
Loading...
Fizo Terlkejut...Mawar Dedah Punca Terpaksa Beraya Berasingan Dengan Fizo

Bermula gambar sambutan Aidilfitri tidak bersama, pelbagai spekulasi mula kedengaran berhubung rumah tangga selebriti Fizo Omar dan anak pengasas tudung Fareeda, Mawar Abdul Karim. 

Terdahulu, Fizo menyatakan kepada media, Mawar terpaksa beraya di Pulau Pinang kerana bapanya tiba-tiba sakit, sedangkan dia terlebih dahulu sudah bertolak ke Kelantan.

Namun, kemelut rumah tangga pasangan ini tidak lagi dapat disorokkan apabila, laporan akhbar menyatakan Mawar sudahpun menemui peguam berhubung penyelesaian isu rumah tangganya.  Dalam pada itu, Fizo Omar ternyata terkejut dengan tindakan isterinya yang sudahpun mendapatkan khidmat nasihat peguam.

"Apabila saya tahu Mawar sudah mendapatkan khidmat peguam, saya sedar perkara ini sudah menjadi serius. Saya sendiri terkejut dapat tahu mengenai perkara itu. Buat masa ini saya masih menunggu tindakan lanjut daripada pihak Mawar dan peguamnya untuk menyelesaikan isu rumah tangga kami," katanya.

Dalam pada itu, Fizo Omar turut menafikan keretakan rumah tangga mereka disebabkan oleh kehadiran pihak ketiga. 

"Saya tidak menyalahkan Mawar atau mahu mengaibkan sesiapapun atas apapun yang berlaku. Seandainya Dia sudah tentukan perpisahan adalah terbaik buat kami, saya reda dengan ketentuanNya," ujarnya. - mSatr

Post a Comment

0 Comments