Berus Jamban Trump Laris Di Pasaran

Berus Jamban Trump Laris Di Pasaran

Berus Jamban Trump Laris Di Pasaran

SEORANG pengguna menunjukkan berus tandas yang dihasilkan mirip wajah Trump di Shanghai, China baru-baru ini.

SHANGHAI - Penduduk China dilaporkan tidak melepaskan peluang untuk membeli berus tandas yang kelihatan seperti Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada harga antara 5 hingga 23 yuan (RM3 hingga RM14) sebagai tanda sokongan kepada negara sendiri.

Mereka dikatakan membersihkan mangkuk tandas dengan berus berkenaan untuk menunjukkan sokongan ke atas Beijing yang terlibat dalam perang dagangan dengan Washington, lapor akhbar Daily Mail.


‘Trump’ boleh jadi amat berguna, menurut seorang penulis blog China yang tidak didedahkan identitinya.

Laporan sama menyatakan terdapat pelbagai saiz pilihan dan bentuk berus tandas berwajah Trump. Alat pembersihan itu dijual menerusi Taobao, sebuah laman e-dagang yang kelihatan seperti eBay.

Salah satu bentuk berus popular mempunyai batang kayu dengan rupa figura seorang lelaki Kaukasia seakan-akan Trump. Figura itu seperti mengenakan sut berwarna biru, kemeja putih dan tali leher merah.

Rambut figura itu mengandungi bulu berus berwarna jingga iaitu bahagian yang digunakan untuk membersihkan kotoran pada mangkuk tandas. Berus itu adalah sepanjang 37 sentimeter.

Ada penjual di Taobao memberikan tisu tandas berwajah Trump secara percuma untuk setiap pembelian berus berkenaan.

China bukan negara pertama menjual berus tandas ‘Trump’ kerana produk sama pernah muncul di New Zealand pada November lalu.

Post a Comment

0 Comments