“Sampai Tuanku Sendiri Tarik Troli “- Anak Yatim Kongsi Pengalaman Membeli Keperluan Hari Raya Bersama Agong

“Sampai Tuanku Sendiri Tarik Troli “- Anak Yatim Kongsi Pengalaman Membeli Keperluan Hari Raya Bersama Agong

“Sampai Tuanku Sendiri Tarik Troli “- Anak Yatim Kongsi Pengalaman Membeli Keperluan Hari Raya Bersama Agong:



Image may contain: 8 people, people smiling, people standing

Anak Kecil berumur 10 Tahun, Aliah  juga mengakui agak gementar apabila Sultan Abdullah berkenan memimpin tangannya semasa menaiki eskalator di pasar raya, dan mula bertanya beberapa soalan kepadanya sepanjang perjalanan.

“Tuanku tanya saya hendak beli apa dan saya jawab baju raya. Tuanku beritahu saya ambil apa sahaja yang saya berkenan…sebenarnya saya segan nak bercakap (dengan tuanku) kerana saya tak tahu gelaran yang sesuai untuk tuanku.

“Tapi saya sempat mengucapkan selamat Hari Raya kepada tuanku. Seronok sebab saya tahu tuanku orang besar dan tiba-tiba saya dapat berdiri sebelah dan tak sangka tuanku ramah orangnya,” katanya kepada pemberita di Kuantan, hari ini.

                             
Aliah antara 106 anak-anak kurang bernasib baik dari Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajjah Kalsom dan Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah di sini, yang diraikan oleh Yayasan CIMB untuk membeli kelengkapan raya di sebuah pasar raya di Kuantan, hari ini.

Terdahulu Sultan Abdullah yang berkenan mencemar duli menemani kanak-kanak tersebut membeli kelengkapan raya, meluangkan masa selama sejam untuk menyantuni dan bertanya khabar kanak-kanak itu, yang semuanya kelihatan teruja bertemu baginda.

Sultan Abdullah yang memandu sendiri kereta ke pasar raya itu, ditemani empat anakanda baginda iaitu Tengku Amir Nasser, Tengku Puteri Iman Afzan, Puteri Ilisha Ameera dan Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz dan isteri Datin Seri Johanna Raja Arshad dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan CIMB Datuk Hamidah Naziadin.

                                          
Sementara itu, seorang lagi penghuni Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajjah Kalsom, Alisha, 10, berkata Sultan Abdullah memilih sepasang baju kurung berwarna merah jambu untuk dirinya, namun kerana gementar, dia hanya tersenyum sehingga terlupa mengucapkan terima kasih.

Penghuni Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, Syamil, 11, pula berkata beliau mengambil peluang untuk menambah koleksi gasing moden, Beyblade selain membeli baju Melayu berwarna merah dan kasut.

“Ini Beyblade keenam saya…saya nak beli kerana kami selalu berlawan sesama sendiri di rumah. Bila mereka kata kami boleh beli satu permainan, saya terus memilih Beyblade,” katanya.

Image may contain: 1 person, sitting
Image may contain: 17 people, people smiling
Untuk rekod, Yayasan CIMB mula melaksanakan Program Membeli-Belah Hari Raya bermula 2013, dan setakat ini telah membelanjakan lebih daripada RM400,000 yang memanfaatkan lebih 2,000 kanak-kanak dari 30 rumah perlindungan dan rumah anak yatim dari seluruh negara.

Yayasan CIMB yang ditubuhkan pada 2007, telah memperuntukkan RM140 juta yang memperuntukkan 750,000 orang menerusi 1,157 inisiatif bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik.

video :



sumber : bernama/ rbo news

Post a Comment

0 Comments