‘Terima kasih kerana menjadi datuk paling hebat’ – Puteri Afzan Shakira

‘Terima kasih kerana menjadi datuk paling hebat’ – Puteri Afzan Shakira

‘Terima kasih kerana menjadi datuk paling hebat’ – Puteri Afzan Shakira

BERITA kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah pada pagi Rabu disambut dengan kesedihan daripada pelbagai lapisan rakyat di seluruh negara.
Ini kerana Almarhum seorang raja yang cukup dekat dengan masyarakat selain sentiasa mengambil berat apa sahaja masalah yang dihadapi oleh segenap lapisan rakyat.
                  
Demikian juga dalam kalangan ahli keluarga diraja Pahang, Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah digambarkan sebagai seorang datuk yang hebat dan penyayang.
Keperibadian menawan Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dikongsi cucunda baginda, Puteri Afzan Shakira Nabila dalam laman sosial Instagramnya.

Puteri Afzan Shakira Nabila menyatakan bagaimana Almarhum telah bergelar seorang nenda yang luar biasa bagi keluarga diraja itu.
Sultan Haji Ahmad Shah mangkat di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur pada jam 8.50 pagi ini.
Semoga roh Almarhum Sultan Ahmad Shah dirahmati dan ditempatkan bersama pada syuhada.
                       
           

Post a Comment

0 Comments