Siti Nurhaliza imbau kenangan menyanyi depan Sultan Ahmad Shah sejak sekolah rendah

Siti Nurhaliza imbau kenangan menyanyi depan Sultan Ahmad Shah sejak sekolah rendah

Siti Nurhaliza imbau kenangan menyanyi depan Sultan Ahmad Shah sejak sekolah rendah

BERITA kemangkatan Ayahanda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ahmad Shah Al Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Sultan Pahang kelima pada pagi Rabu mengundang sebak dalam kalangan rakyat jelata.
Selebriti tanah air turut mengambil kesempatan menzahirkan ucapan takziah kepada kerabat Pahang serta mendoakan semoga roh Almarhum dicucuri rahmat.
Menerusi Instagram, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi kenangan manis bersama baginda yang tidak akan dilupakan.

Menurut penyanyi berasal dari Kuala Lipis, Pahang ini, baginda merupakan seorang sultan berjiwa rakyat yang mudah didampingi dan disenangi ramai.
"Berita kemangkatan Almarhum Paduka Sultan Haji Ahmad Shah merupakan berita sedih buat seluruh rakyat Pahang dan juga rakyat Malaysia termasuk saya sendiri.
Siti tak lupa kenangan bermakna.
"Seorang sultan yang terkenal berjiwa rakyat, mudah didampingi dan disenangi ramai. Sebagai rakyat Pahang yang berpeluang membuat persembahan di hadapan Almarhum Tuanku sejak saya bersekolah rendah dan seterusnya menjadi artis, banyak kenangan yang bermakna dan akan saya ingati sampai bila-bila.
"Patik dan suami mengucapkan dan menyembah salam takziah kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, seluruh kerabat dan keluarga di-Raja Pahang di atas kemangkatan Almarhum Paduka Sultan Haji Ahmad Shah AlMusta'in Billah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Almarhum dan digolongkan dalam kalangan para solehin," tulisnya.
Sementara itu, pelakon Datuk Seri Shah Rezza pula menyifatkan pemergian baginda merupakan satu kehilangan besar untuk bangsa Melayu.
"Bangsa Melayu dan negara telah kehilangan seorang raja pemerintah yang istimewa dan luar biasa. Mari kita doakan semoga roh Almarhum ditempatkan bersama para kekasih Allah SWT. Al-Fatihah," katanya.
Shah Rezza anggap kehilangan besar negara.
Selain Siti dan Shah Rezza, beberapa selebriti lain turut menzahirkan ucapan takziah kepada kerabat Pahang antaranya Datuk Chef Wan, Fauziah Latiff, Nourul Wahab, pereka fesyen Datuk Rizalman dan ramai lagi.
Sepanjang pemerintahan, baginda kerap menyokong aktiviti seni dan mengurniakan darjah kebesaran kepada golongan selebriti.
Almarhum mangkat pada usia 89 tahun, kira-kira pukul 8.50 pagi pada pagi Rabu, bersamaan 17 Ramadan di hari Nuzul al-Quran.
Berita itu disahkan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di halaman rasmi Facebook.
Baginda menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

Post a Comment

0 Comments