Kisah remaja m4ti l3mas, Muhammad Ilham Fahmy bin Mohd Azzam, 17 tahun dalam lombong di Putra Perdana, Puchong yang turut mengorbankan nyawa enam anggota bomba minggu lalu
ternyata masih menjadi bualan masyarakat kerana belum pernah terjadi dalam sejarah begitu banyak nyawa terk0rban dalam satu masa ketika operasi penyelamatan dilakukan
ternyata masih menjadi bualan masyarakat kerana belum pernah terjadi dalam sejarah begitu banyak nyawa terk0rban dalam satu masa ketika operasi penyelamatan dilakukan
Semenjak may4t remaja ini timbul di permukaan lombong berjarak 800 meter dari lokasi l3mas sehari selepas terjatuh ke dalam lombong berkenaan, ada pelbagai versi seram timbul termasuk dakwaan dari seorang pengamal perubatan yang mengatakan telah menangkap ketua j1n di lombong berkenaan dan “ketua” tersebut mengaku ada 14 juta pengikut dalam lombong berkenaan.
Adakah benar wujudnya misteri dalam lombong berkenaan sehingga mengorbankan 14 nyawa dalam tempoh dua bulan?.
Masa yang sama, tular juga gambar ibu arw@h yang sedang pengsan di tepi lombong saat remaja itu ditemui tapi apa yang menakutkan kelihatan gumpalan rambut kerinting seolah-olah sedang memerhatikan dirinya yang sedang pengsan.
Gumpalan rambut inilah yang menakutkan kerana menurut kak Wati rambutnya bukan sebegitu. Dia pengsan ketika ini selepas penemuan may4t anaknya di lombong berkenaan
REMAJA berkesempatan menemui keluarga alahyarham iaitu ibunya, Rosmilawati Saidin, 45 tahun di kediaman dan bertanya adakah benar wujudnya gangguan misteri ini?.
Ternyata memang benar lombong berkenaan menyimpan misteri kerana keluarga ini diganggu oleh hantu lombong berkenaan selepas may4t anaknya ditemui.
Menurut Rosmilawati atau mesra disapa Kak Wati, selepas arw@h anaknya selamat dikebumikan pada malam selepas ditemui, dia mengakui sehari selepas itu apabila pulang ke rumahnya di Rista Villa Apartment, Taman Putra Perdana, tatkala menjelang malam dia mengakui dirinya seperti diperhatikan oleh makhluk berbulu hitam.
“ Saya sentiasa rasa takut bila menjelang malam. Kalau dulu malam tidur tutup lampu, sekarang kena buka lampu.
Dalam tempoh beberapa har ini, rumah ini sentiasa terang benderang kerana kami sentiasa dalam ketakutan. Nak ke bilik air pun rasa takut. Bahu pun terasa sakit seolah-olah ada orang duduk bertenggek di bahu,” katanya.
Tambahnya lagi, bila hendak tidur, fikirannya seperti dibawa ke lombong berkenaan sehinggalah dia berasa takut untuk melelapkan mata.
“Tak tahulah tapi bila nak lelapkan mata terbayang makhluk berbulu hitam. Memang rasa takut nak tidur sehingga saya tidur dengan lampu dibuka.
Dulu tak pernah berteman kalau nak ke bilik air tapi sekarang sentiasa rasa takut dalam rumah sendiri,” katanya lagi.
Kak Wati turut menunjukkan gambar dia sedang pengsan dan tular di media sosial malah berkata, rambutnya bukan kerinting seperti dalam gambar berkenaan.
“Akak tengok gambar itu pun seram, meremang bulu roma. Sejak itu sentiasa rasa takut sehinggalah sekarang,” katanya lagi.
Masa yang sama, suaminya, Mohd Azzam berkata, pada hari kedua, dia juga mengalami rasa takut itu seolah-olah ada bayangan hitam dalam rumahnya.
“Bagaimana pun saya tak terlalu memikirkannya kerana tak mahu terlalu menakutkan isteri yang mengakui sentiasa rasa takut,” katanya berkata ada usaha dari abang iparnya yang memberi isterinya air untuk memulihkan semangat.
Ketakutan yang sama, seolah-olah ada makhluk diperhatikan turut dirasai oleh anak sulungnya, Muhammad Imran Hafiz yang mengakui dia juga rasa takut bila berada dalam rumahnya, sama dirasai oleh Mamanya.
Suami isteri ini mengakui dihantui rasa takut seolah-olah ada bayangan hitam menghantui diri mereka
Khairul (kiri) antara yang menyelam sebelum pihak bomba sampai. Kelihatan abang sulung arw@h, Muhammad Imran Hafiz (baju hijau) dan adik bongsunya, Irfan Danial dan rakan sekolah yang datang menziarahi keluarga ini.
Inilah gambar yang tular menunjukkkan penampakan makhluk halus di lombong ini. Khairul (sebelah kiri)
Seorang rakan baik keluarga ini yang kebetulan berada di rumah keluarga ini ketika REMAJA bertandang ke rumah keluarga ini, Khairul Anuar yang turut sama menyelam sebelum bomba melakukan operasi menyelamat, mengakui dia sendiri tidak boleh masuk ke rumahnya sendiri selepas membantu keluarga ini kerana dihantui rasa takut.
“Sebelum ini hati saya kering. Tak pernah rasa takut pun malah biasa dengan air. Petang semasa arw@h terjatuh, saya pergi menyelam. Malah gambar saya bersama seorang rakan, Faizal turut tular di media sosial seolah-olah ada makhluk seram bertenggek di bahunya.
Lihat Video Di bawah
“Tapi selepas kejadian ini, saya sendiri rasa takut, seolah-olah ada bayangan hitam yang sedang memerhatikan,” katanya.
Dalam pada itu, keluarga alahyarham adik Muhammad Ilham Fahmy turut menafikan bahawa keluarga mereka ada memberi arahan kepada pihak bomba untuk mencari arw@h anak mereka biarpun hari sudah malam ketika itu.
“Kami tiada kuasa memberi arahan. Malah sebelum bomba datang pun usaha sudah kami lakukan termasuk menyelam sendiri sehinggalah selepas penat usaha mencari, kami menelefon pihak bomba untuk operasi menyelamat,” katanya yang menafikan keluarganya ada memberi arahan sebagaimana tular di media sosial.
Lihat video di bawah
Jom doa yang baik-baik dan semoga roh adik Ilham Fahmy ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh.
SUMBER
0 Comments