Rumah tangga panas, darah haid punya angkara! Ammar halau isteri

Rumah tangga panas, darah haid punya angkara! Ammar halau isteri

Rumah tangga panas, darah haid punya angkara! Ammar halau isteri
"BERSEMPENA dengan bulan Ramadan ini, Ain pulanglah ke pangkuan Abang. Maafkan Abang!" - Itu rayuan seorang suami yang menyesal akan perbuatannya yang sanggup melukai hati seorang isteri yang sentiasa setia.
Bagaimanapun kata lelaki itu, punca hubungan mereka suami isteri musnah disebabkan sikap dendam dan busuk hati bekas isterinya yang sanggup menggunakan ilmu hitam kerana cemburu melihat kebahagiaan mereka sekeluarga.
"Sebelum mengenali isteri, saya pernah berkahwin, namun dia bersikap curang hinggakan lebih setahun Mai (bukan nama sebenar) tidak pulang ke rumah.

"Setiap hari Mai mesej saya minta cerai tetapi saya enggan kerana sayangkan dua anak lelaki kami dan sejak Mai hilangkan diri kedua-dua mereka tinggal dengan saya kerana ketika itu isteri tergila-gilakan lelaki lain," ceritanya.
Hanya mahu dikenali sebagai Ammar, dia memberitahu rumah tangga yang baru dibina mula bertukar 'panas' sejak dua bulan lalu gara-gara perbuatan sihir bekas isteri terhadapnya.
Perbuatan syirik telah menghancurkan rumah tangga Ammar dan Ain. - Gambar Sekadar Hiasan
Benci tengok isteri sendiri, Ain muntah darah!
"Dua bulan lalu saya dapat rasa satu kelainan antara hubungan saya dengan isteri... Saya jadi cepat naik darah selain selalu memarahi isteri walaupun ia perkara kecil.
"Saya benci balik rumah, benci tengok wajah anak-anak dan jadi 'panas' setiap kali masuk ke dalam rumah! Saya sanggup tidur dalam kereta daripada melihat wajah isteri dan anak-anak.
"Malah sampai satu tahap saya tergamak hamburkan kata-kata makian yang menyakitkan hati terhadap isteri dan memberitahu dia tidak layak menjadi ibu kepada anak-anak saya.
"Saya tahu Ain terluka kerana saya membezakannya dengan bekas isteri tetapi entahlah saya tidak dapat elak perasaan benci itu walaupun sangat sayang kepadanya," kata Ammar.
Situasi rumah tangga mereka bertambah pelik apabila Ain sering sakit dan muntah darah sehingga isterinya mengajaknya mendapatkan rawatan secara perubatan Islam.
Kata Ammar, isterinya pernah memberitahu dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena dalam rumah tangga mereka, selain mata saya penuh dengan kebencian.
"Ain selalu beritahu dia dapat lihat dalam mata saya yang penuh dengan kebencian terhadapnya dan setiap hari dia ajak saya jumpa ustaz untuk berubat.

Satu persatu mesej perbualan itu saya baca yang di antaranya meminta Mai mencampurkan darah haidnya dalam makanan saya!

"Namun saya degil, selain saya jadi semakin benci kepadanya tetapi hati masih sayang... Apabila jauh saya rasa rindu, apabila depan mata seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena," jelasnya.
Curang dengan bekas isteri sendiri
Ammar memberitahu sejak itu juga hubungannya dengan bekas isteri kembali rapat sehingga mereka pernah terlanjur tanpa menyedari wanita itulah punca kepada segala masalah dalam rumah tangganya ketika ini.
Kata Ammar, hubungannya dengan Mai tidak ubah seperti pasangan suami-isteri walaupun mereka tidak kembali berkahwin, selain dia sanggup menghabiskan wang untuk semua kehendak wanita itu.
Malah kata Ammar, dia sanggup menghalau isterinya sendiri atas permintaan Mai yang ingin kembali tinggal bersamanya dan anak-anak.
"Keputusan yang bodoh... Anda bayangkan apa perasaan Ain apabila saya suruh dia keluar dari rumahnya sendiri semata-mata sebab ingin puaskan hati Mai.
"Saya tahu hatinya remuk tapi saya tidak rasa sedih kerana saya sudah ada Mai, malah saya biarkan dia menghantar gambar kami sedang tidur sebantal kepada Ain," ujarnya.
Hubungan Ammar dengan isteri baharunya, Ain semakin dingin gara-gara perbuatan sihir bekas isteri. - Gambar Sekadar Hiasan
Sedar disihir selepas baca mesej bekas isteri
Bagaimanapun kata Ammar, keadaan mula berubah apabila dia terbaca mesej Mai dengan seorang lelaki Indonesia yang memberi pelbagai arahan untuk memastikan saya terus menjadi milik Mai.
Menerusi mesej tersebut, kata Ammar, jelas dia telah menjadi mangsa sihir bekas isterinya sendiri hingga mengakibatkan rumah tangganya bertukar 'panas'.
"Satu persatu mesej perbualan itu saya baca dan di antaranya lelaki itu meminta Mai mencampurkan darah haidnya dalam makanan saya dan bayangkan ia turut dimakan oleh anak-anak kami!
"Mai turut meletakkan sesuatu dalam bantal saya dan apabila diselongkar saya jumpa sejenis kayu dan tak sangka Mai sanggup buat saya begini.
"Sekelip mata saya terus tersedar, saya halau bekas isteri dan saya seolah-olah baru tersedar daripada mimpi buruk," ujarnya.
Masih menanti kepulangan isteri tersayang, Ammar berkata, cubaannya menghubungi dan mencari isterinya gagal malah keluarga mertuanya meminta dia memberi ruang kepada Ain untuk menenangkan fikiran.

Post a Comment

0 Comments