Program hiburan terkenal, MeleTop sememangnya amat dikenali dalam kalangan peminat. Mana tidaknya, kemunculan pengacara terkenal Neelofa pasti amat dinanti ramai.
Namun semalam, seorang penaja program MeleTop telah meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap layanan dan kredibiliti Neelofa ketika mereka diberi peluang untuk bekerjasama dengan program ini.
Pemilik Glowing Party House yang dikenali sebagai Masviona Muhammad telah menempelak tindakan Neelofa yang dianggap sombong dan berlagak diva, menerusi muat naik status di Facebook.
Muat naik status tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga dikongsikan oleh 2 ribu pengguna sejak dimuat naik.
Be profesional Lofa?
Menurutnya, dia berasa sangat bertuah apabila diberi peluang menjadi penaja dekorasi sempena 1 juta pengikut MeleTop di YouTube.
Namun dia telah meluahkan rasa kecil hati atas tindakan pengacara program, Neelofa yang dianggap tidak profesional.
Lofa minta dekorasi dialihkan dari studio…
Pemilik Glowing Party House ini berkecil hati atas tindakan Neelofa yang meminta dekorasi dialihkan di bahagian belakang pengacara, sedangkan dia dan team sudahpun menyiapkan dekorasi di studio.
Sebelum itu, Neelofa ada bertanyakan sama ada dekorasi itu akan berada di sudut belakang tempat duduk pengacara sehingga tamat program.
Namun apabila mengetahui dekorasi tersebut akan berada sehingga selesai program, Neelofa mencadangkan supaya dekorasi itu berada pada satu slot sahaja ataupun dialihkan segera.
Krew produksi alihkan dekorasi atas permintaan Neelofa…
Dekorasi tersebut telah dialihkan oleh krew produksi selepas diminta oleh Neelofa. Namun Masviona mempertikaikan tindakan Neelofa yang memberikan teguran ketika mereka sedang melakukan kerja dekorasi.
Dengan belon pun tergugat ke?
Namun Masviona turut memuji layanan yang baik daripada krew produksi MeleTop dan sangat menghargai sikap rendah diri pasangan pengacara Neelofa, Nabil Ahmad yang dilihat lebih profesional.
Muat naik daripada penaja program MeleTop ini telah mendapat pelbagai respons daripada netizen. Ada yang menyokong luahan hati Masviona.
Mahupun ada yang menganggap tindakan Neelofa adalah betul kerana berkemungkinan dekorasi tersebut menganggu pandangan penonton.
Sumber : Masviona Muhammad
0 Comments