Gadis maut tersepit lori, masjid dipenuhi jemaah ketika solat jenazah

Gadis maut tersepit lori, masjid dipenuhi jemaah ketika solat jenazah

Gadis maut tersepit lori, masjid dipenuhi jemaah ketika solat jenazah

Hampir setiap hari kita tidak pernah sunyi daripada menerima khabar duka mengenai kematian, sama ada dalam kalangan ahli keluarga, rakan terdekat atau masyarakat setempat.

Terbaru, seorang penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM), Insyirah Az-zahra Mohd Jasni maut selepas kereta miliknya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Bukit Kachi, Changlun petang semalam.
 Menurut laporan BH Online, kereta gadis berusia 21 tahun itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan disahkan meninggal dunia akibat tersepit di tempat duduk pemandu.
Difahamkan, mangsa dalam perjalanan pulang ke asramanya di kampus UUM di Sintok dari rumahnya di Sungai Petani, Kedah.
Abang kepada Allahyarham, Ahmad Irfan Saddiqi ada memuat naik sebuah posting menerusi laman Facebook ibu mereka yang memohon orang ramai supaya menitipkan Al-Fatihah untuk arwah.

Ramai jemaah tunggu arwah untuk solat jenazah…

“MasyaAllah… Kematian yang dicemburui..
Meninggal dunia dalam bulan puasa, bulan penuh barakah & keampunan,” tulis seorang pengguna Facebook.

Semoga arwah dikurniakan rahmah Allah & ganjaran Jannah…

Post a Comment

0 Comments