Aidil menangis... Fasha Sandha hamil

Aidil menangis... Fasha Sandha hamil

Aidil menangis... Fasha Sandha hamil

SELEPAS hampir dua bulan mendirikan rumah tangga dengan Aidil Aziz, pelakon Fasha Sandha mengumumkan dirinya sudah pun hamil.
Perkara itu dikongsikan menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman sosial Aidil pada Selasa.
Menerusi video berdurasi dua minit itu, Aidil memberi reaksi terkejut dan terharu serta menangis kegembiraan selepas mengetahui bakal menimang cahaya mata.
Fasha menerusi sebuah portal berita memberitahu kandungannya baru berusia 12 minggu.

Fasha bersama suami dan anak-anaknya.
Fasha berkata, berasakan perubahan pada dirinya sudah mengandung apabila kebelakangan ini sering muntah.
Sementara itu, Aidil mengucapkan syukur dan meminta peminat mendoakan yang terbaik untuk mereka.
Fasha berkahwin dengan Aidil Aziz pada 30 Mac lalu.
Fasha pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli, pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.

Post a Comment

0 Comments