Terbaru mengenai kontroversi Alif Aziz menjadi buah mulut ramai.
Disebabkan perkara tersebut ramai yang bengang dengan Alif Aziz dan ada yang turut marah dengan kesabaran Bella.
Namun begitu, ada juga pihak yang memenangkan gadis yang 'ditangkap' bersama Alif Aziz dengan berkongsikan maklumat yang mengatakan sebenarnya Alif yang tidak mahu pulang.
Walau bagaimanapun ketiga - tiga pihak termasuk Bella masih mendiamkan diri
Gadis yang dikaitkan dengan skandal kecurangan Aliff Aziz, Mell, mendakwa mengenali pelakon itu menerusi sebuah parti tertutup.
Malah, Mell menjelaskan tiada sebarang hubungan istimewa antara mereka berdua.
“Saya mengaku walaupun saya tangkap gambar dengan Aliff saya takda buat apa pun dan saya kenal Aliff masa dekat private party.
“Masa tu ramai orang dan masa tu kawan saya pun ada diorang tahu batas saya.
“Semua ni punca sebab dengki sampai gambar tu jadi permulaan gosip.
“Sampai saya buat live pun diorang record sebab apa. Sebab iri saya ada tagkap gambar dengan artis dan perburukkan saya macam-macam.
“Saya betul-betul minta maaf sampai jadi kes sebesar ni. Saya tak tahu macam mana nak betukan semua ni,” tulisnya menerusi entri di Instagram.
Mell juga menyarankan orang ramai mendapatkan kepastian tentang hubungan mereka menerusi Aliff sendiri.
Skandal kecurangan Aliff dan Mell mulai tersebar pagi tadi apabila rakan gadis itu menyebarkan foto mereka dalam keadaan intim ekoran perselisihan faham berkaitan hutang.
Ekoran pendedahan itu, isteri Aliff, Bella Astillah memuat naik kenyataan akan meneruskan hidup bersendirian tanpa melibatkan pelakon lelaki itu lagi.
Kecurangan Aliff itu merupakan kes ketiga dilaporkan media sejak 2017.Alff pernah dikaitkan pernah curang bersama dua pelakon wanita Afifah Nasir dan Octovia Manrose.
0 Comments