Bantulah Mereka....2 Pelancong Asing Bermusafir Dari Masjid Ke Masjid Sentuh Hati Netizen

Bantulah Mereka....2 Pelancong Asing Bermusafir Dari Masjid Ke Masjid Sentuh Hati Netizen

.Bantulah Mereka....2 Pelancong Asing Bermusafir Dari Masjid Ke Masjid Sentuh Hati Netizen
           
Gambar Hiasan


Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan perkataan hijrah sebagai perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah.


 Ia turut bermaksud perpindahan dari satu tempat ke tempat yang lain. Meskipun perkataan ini membawa makna migrasi, ia tidak terhad hanya kepada perpindahan fizikal, tetapi juga merujuk kepada perubahan sikap individu.

Mufti Wilayah Persekutuan pernah menyatakan  Firman Allah SWT dalam Al-Hajj ayat 58 yang bermaksud:

Dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, kemudian mereka terbunuh atau mati, sudah tentu Allah akan mengurniakan kepada mereka limpah kurnia yang baik. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pemberi limpah kurniaan

Satu hantaran yang muat naik oleh Wan Shahriza malam tadi telah menyedarkan masyarakat mengenai semangat dan kecekalan dua orang anak muda warga Perancis dan Jepun yang berkelana mencari keredhaan Allah.

Lebih menyentuh perasaan apabila mengetahui bahawa mereka berdua sebenarnya bermusafir dari masjid ke masjid sepanjang bulan Ramadhan yang penuh hikmah lagi diberkati ini. Menurut Wan Shahriza:

Saya dalam perjalanan balik ke rumah. Baru selesai menjemput anak dara dari sekolahnya.

Saya sedang melalui Jalan Tanjung Lumpur menghala ke rumah saya di Sg Soi. Tiba2 ketika.melalui Peramu, ternampak di tepi jalan, dua anak muda berbangsa asing, dengan gaya hitch-hiker, sedang mengangkat placard, bertulis CHUKAI. Memberi indikasi mereka ingin menumpang ke Chukai, Terengganu .

Saya tidak sempat berhenti. Terlepas kedua mereka. Tetapi pemandangan itu mengganggu saya. Jalan Tanjung Lumpur itu menghala ke Pekan, atau Rompin, atau paling jauh pun mungkin Johor Bharu. Tetapi tentu sekali tidak Chukai.

Sampai minggu depan pun belum tentu ada orang akan berhenti untuk menumpangkan mereka ke Chukai.

Saya pernah berkelana menuntut ilmu ke luar negara. Saya tahu bagaimana rasanya menjadi org asing di negara orang. Saya melalui pengalaman2 manis diberi layanan2 baik oleh penduduk negara tersebut.. 

Saya tahu betapa amat bermaknanya walau pun sedikit bantuan yang dihulurkan saat kita termangu2 sebagai musafir.

Lalu saya membuat U-turn. Niat hati hendak mengambil dua hitch-hikers yang sedang menunggu di jalan yang salah dan imembawa mereka ke jalan yang benar dan lurus.

Alhamdulillah, saya dengar salah seorang berkata sambil tersenyum lebar, apabila saya memberhentikan kereta di tepi mereka.

“We are going to Chukai..” Sopan dan lembut mereka memberitahu saya.
“Ok.. just get in..” saya jemput mereka masuk. Saya sedar yg pemandu-pemandu kereta lain yg lalu lalang memandang dengan pelbagai takrifan pandangan.

Sememangnya bukan budaya kita mengambil hitch hikers.
“Assalamualaikum. Terima kasih.”

Pandai mereka memberi salam dan berbahasa Melayu.

Saya jelaskan kepada mereka bahawa mereka menanti di laluan yg salah. Saya beritahu yang saya akan bantu hantar mereka ke Bypass menghala ke Terengganu.

Kedua-duanyanya tak henti mengucapkan terima kasih.

Memang hari sangat panas di luar, saya pun tidak tahu sudah selama mana mereka menanti di tepi jalan dengan placard bertulis Chukai itu.
Dan sepanjang jalan menghala ke jalan pintasan Kuantan- Terengganu yg agak jauh itu, berkenalan lah saya dengan dua pemuda ini yg telah Allah hantar ke laluan saya untuk saya bantu. Rezeki saya hari ini menambah pahala. Alhamdulillah.
Rupanya keduanya beragama Islam. Seorang dari Peranchis, seorang lagi dari Jepun. Yang dari Peranchis memang sejak asal beragama Islam kerana ibunya berbangsa Maghribi. Yang dari Jepun, baru memeluk Islam 6 bulan yang lalu.
Dan 6 bulan ialah tempoh dia berada di Malaysia. Mungkin dia diberi hidayah untuk menerima nur Islam di negara ini.
            
Gambar : Wan Shahriza

Keduanya dalam misi mendekati lagi Islam. Mereka berkelana sebagai backpackers. Dari masjid ke masjid.

Di setiap destinasi persinggahan, mereka akan bermalam di masjid. Bersama beriftar, berterawih dan beribadat.

Rupanya malam tadi mereka bermalam di Masjid Kg Peramu. Mereka tidak dibenarkan bermalam di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah. Ada seseorang kemudiannya menghantar mereka ke Masjid Peramu.

Walau tidak semua masjid membenarkan mereka menumpang tidur, namun ada sahaja masjid di setiap persinggahan yg menerima musafir berkelana ini.

Saya tinggalkan mereka di tepi jalan pintasan ke Terengganu. Hari masih panas. Saya beritahu mereka, sebagai musafir, mereka boleh berbuka puasa jika tidak larat.

“No..no.. we are perfectly ok..*
Gambar : Muslim Backpaker My

Semoga Allah memberkati perjalanan kedua mereka. Both the journey to various destinations in Malaysia, and the journey of the souls.

Kepada sesiapa yg ternampak dua pemuda ini berdiri memegang placard di tepi jalan, sepanjang laluan ke Terengganu dan Kelantan, berhentilah, berilah mereka menumpang kenderaan anda.


Mereka dalam perjalanan mencari Nur Ilahi.

(Boleh follow instagram mereka. muslim_backpackers_my untuk mengikuti rakaman perjalanan mereka).

Rujukan

[1] Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. 2015. Dicapai dari Bayan Linnas Siri 38: Hijrahlah Ke Arah Terbaik pada 15 mei 2019
Sumber : Wan Shahriza

Post a Comment

0 Comments