Video gelagat Ustaz Madi tengok lakonannya sendiri di televisyen buat netizen geli hati.

loading...
Loading...

Video gelagat Ustaz Madi tengok lakonannya sendiri di televisyen buat netizen geli hati.

Drama bersiri Nur 2 telah mendapat sambutan yang menggalakkan sejak hari pertama ditayang dengan permainan emosi yang ditampilkan buat para penonton.Ujian demi ujian melanda dua pasangan ini, Ustaz Adam (Syafiq Kyle) dan Nur (Amyra Rosli), menyelusuri sisi perkahwinan yang berbeza.

Selain watak utamanya, kehadiran Ustaz Hamadi (Azhan Rani) mewarnai drama ini dengan emosi yang bercampur-baur dan dikatakan paling menyerlah daripada watak yang lainnya.Watak Aisyah (Khairiah) juga lebih menonjol daripada episod sebelum ini apabila tersepit di antara suami yang dicintai dan keluarga yang dikasihi.

Baru-baru ini, sebuah program yang dikendalikan oleh Faizal Ismail (FBI) dan Fara Fauzana (Fafau), Dbilique membawa beberapa pelakon drama bersiri ini untuk menyaksikan sendiri aksi mereka di layar televisyen.

Lucu melihat gelagat Nur Khiriah tidak puas hati dengan watak yang dilakonkannya sendiri.Netizen memuji kredibiliti kedua-dua pelakon ini yang begitu komited sehingga membuatkan watak mereka ‘hidup’ sehingga ada yang memb3nci.

                 Sumber: Faizal Ismail

Post a Comment

0 Comments