Aneh..Michael Ang Mimpi Masuk Rumah Empat Segi Berbau Ros

loading...
Loading...
Aneh..Michael Ang Mimpi Masuk Rumah Empat Segi Berbau Ros

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Penghujung Syaaban ini, industri seni khususnya menerima perkhabaran gembira apabila pengarah tersohor, Michael Ang mengumumkan berita beliau memeluk agama Islam sejak setahun lalu. Berduyun-duyun ucapan syukur dan tahniah daripada selebriti dan peminat yang diterimanya menerusi media sosial.
“Sudah lama saya percaya dengan Tuhan yang satu tetapi saya keliru. Setiap agama ada Tuhannya tetapi saya percaya Tuhan hanya ada satu. Ketika itu saya berumur sekitar 14 tahun.
“Walaupun saya dilahirkan sebagai Cina daripada keluarga yang menganut Buddhist tetapi saya tidak mengamalkannya. Saya banyak membaca buku tentang Buddhist, tentang Bible, al-Quran dan sebagainya untuk mencari jawapan. Memang lama saya mencari jawapan itu tetapi saya percaya akan menemuinya satu hari nanti.

Google ‘What Inside Kaabah’ selepas mimpi

“Sehinggalah dua tahun lepas, saya bermimpi berada di padang pasir dan kelihatan seorang lelaki Arab yang berpakaian seperti orang zaman dulu. Dia mengajak saya masuk ke dalam sebuah rumah yang berbentuk empat segi dan di dalamnya ada empat tiang dengan sekelilingnya ada susunan jubin bertulisan jawi.
“Di dalam rumah itu juga saya melihat sebuah teko emas yang muncungnya mengeluarkan air berbau haruman mawar. Saya terjaga hingga terfikir-fikirkan mimpi tersebut,” kata Michael Ang yang baru mengumumkan beliau telah memeluk Islam pada Februari 2018.
Sambung pengarah yang tengah sibuk di lokasi drama Setelah Lafaznya Akad di Melaka ini, sebaik sahaja bangun daripada tidur, dia terus Google ‘What Inside Kaabah’ untuk mencari makna di sebalik mimpi berkenaan.

gambar IG : @michaelang38

Peluk Islam dengan rela dan sepenuh hati

Malah kata Michael, dia pernah bertanya beberapa rakan selebriti tentang Islam dan al-Quran tetapi ketika itu mereka tidak tahu tentang niat sebenarnya.
“Mereka ingat saya nak provoke macam biasa tetapi dari situ saya belajar daripada mereka,” katanya yang bersyukur dikelilingi rakan yang memahami.
Ada sebab mengapa pengarah drama tersohor, Michael Ang menyembunyikan berita baik ini dan katanya: “Saya memeluk Islam kerana kepercayaan saya dengan rela dan sepenuh hati. Hanya Allah yang maha tahu apa yang ada di dalam hati saya. Cuma saya rasa perkara ini adalah antara saya dengan Dia dan keluarga saya.

gambar IG : @michaelang38

“Saya tidak mahu war-warkan berita ini kerana tidak mahu disalahanggap oleh orang di luar sana, lebih-lebih lagi netizen yang hanya tahu menghukum. Saya tidak mahu ia menjadi complicated sedangkan saya mahu meraikan Michael Ang yang baru dengan cara saya sendiri.
“Kedua, saya bimbang timbul fitnah kononnya saya memeluk Islam disebabkan mudah untuk mendapat job mengarah drama Melayu.”


Bagaimanapun kata Michael, dia masih mengekalkan namanya yang asal kerana baginya, nama sekadar kosmetik dan yang penting amalannya kepada Allah.
“Saya tetap Cina seperti dulu,” katanya yang akan menyambut Ramadan keduanya tahun ini.
Alhamdulillah… Ahlan wa sahlan Michael Ang.
Interview by : Abie Abdullah

Post a Comment

0 Comments