Gali semula kubur, anak buat photoshoot bogel 'pose' sebelah rangka bapa

loading...
Loading...
Gali semula kubur, anak buat photoshoot bogel 'pose' sebelah rangka bapa

SEORANG artis di China mengundang kontroversi apabila berbogel dan mengambil gambar bersebelahan rangka mayat bapanya yang digali semula dari kubur.
Siyuan Zhuji, 33, dari Beijing melakukan perbuatan itu untuk sebuah sesi fotografi.
Dia memuat naik foto berkenaan ke laman web Artand dan Weibo pada Sabtu.
Foto itu pantas menerima kecaman ramai yang menyifatkan pemuda itu tidak tahu malu dan biadab.
Sesi fotografi itu dilakukan pada hujung Mac, lapor Beijing News.
Siyuan atau nama sebenarnya Si Lulu mendedahkan, dia baru berusia tiga tahun sewaktu bapanya meninggal dunia akibat kanser hati.
"Ia perasaan yang hebat. Ini yang paling dekat saya pernah bersama dengan ayah.
"Saya meluahkan perasaan kepada dia dengan cara saya yang tersendiri.
"Saya memang mahu berbogel kerana ia cara kita datang dan tinggalkan dunia ini," ujarnya.
Selepas foto itu tular, akaun Siyuan di laman Weibo digantung serta merta. - Daily Mail.

Post a Comment

0 Comments