'Patah rusuk, lengan dan paha, kesan gigitan, cedera di kemaluan' - Bayi berusia 46 hari maut didera ibu bapa

loading...
Loading...
'Patah rusuk, lengan dan paha, kesan gigitan, cedera di kemaluan' - Bayi berusia 46 hari maut didera ibu bapa

Kejam! Bayi berusia 46 hari dipercayai maut akibat didera oleh ibu bapanya sendiri sehingga mengalami kecederaan di seluruh badan termasuk di bahagian kemaluan, lapor Astro Awani. 

Bedah siasat mendapati, mangsa mengalami patah rusuk kiri dan kanan, selain lengan kanan dan paha kiri, serta kesan gigitan pada kedua-dua belah tangan mangsa.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata, terdapat kesan lebam dan melecet di seluruh badan mangsa. 

"Punca kecederaan luaran disebabkan objek tumpul dan keras seperti lantai, dinding dan pintu termasuk juga perbuatan cubit dan hentakan. 

"Bedah siasat juga mendapati terdapat kecederaan dalaman akibat hentakan kuat sehingga berlaku pendarahan di orang dalaman seperti otak," katanya. 

Mangsa disahkan meninggal dunia ketika dibawa oleh bapanya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya pada jam 10.45 pagi Khamis lalu. 

Susulan kejadian itu, pasangan suami isteri yang berusia 22 tahun direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. 

Post a Comment

0 Comments