Kecoh mayat non-Muslim ditanam di tanah perkuburan Islam.

Kecoh mayat non-Muslim ditanam di tanah perkuburan Islam.

Kecoh mayat non-Muslim ditanam di tanah perkuburan Islam.

SEJUMLAH penduduk Desa Ngares Kidul, Mojokerto, Indonesia membantah mayat penganut agama Kristian disemadikan di tanah perkuburan Islam di tempat mereka.
Bagaimanapun, setelah perbincangan diadakan, pihak keluarga akhirnya bersetuju untuk mayat dipindahkan ke lokasi lain.
Koodinator Gusdurian Mojokerto, Imam Maliki yang mengawal kes ini menjelaskan proses pengebumian itu sebenarnya telah pun selesai dilakukan pada Jumaat, sehari selepas wanita berkenaan meninggal dunia.
Sebelum dikebumikan, timbul isu apabila penduduk setempat tidak bersetuju dengan lokasi pengebumiannya.
Namun, setelah melakukan perbincangan yang melibatkan pihak keluarga dan pihak berkaitan, akhirnya mayat dikebumikan di kampung tersebut.
Terdapat syarat tertentu yang ditetapkan termasuklah tiada ritual agama Kristian dan tanda salib tidak dibenarkan ada di tanah perkuburan.
Keluarga si mati adalah satu-satunya penganut agama Kristian di kampung tersebut.
Pihak keluarga menerima syarat itu kerana mereka tidak mempunyai pilihan lain dan mahu mayat segera dikebumikan.
Bagaimanapun, dua hari setelah pengebumian, timbul bantahan sekali lagi dengan surat, dipercayai dari penduduk kampung tidak bersetuju dengan keputusan yang disepakati kerana mendakwa tanah perkuburan tersebut hanya untuk orang Islam.
Satu lagi alasan yang diberikan, kubur umat Islam tidak boleh dicampur dengan penganut agama lain.
"Tanah itu tanah wakaf untuk orang Muslim, itu yang menjadi alasan bantahan. Mereka yang membuat bantahan tahu ia untuk orang Muslim," kata Imam Maliki memetik CNNIndonesia.com Khamis.
Penggiat Jaringan Islam Antidiskriminasi (JIAD) Aan Anshori dalam posting di Facebooknya berkata anak si mati, Novi, lebih banyak diam kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan.
Sebagai sebahagain penduduk setempat, Novi berpendapat keluarganya berhak mendapatkan layanan pengebumian yang sama, walaupun berbeza agama.
Penggerak Gusdurian Mojokerto, Kukun Triyoga pada malam Rabu berkata perbincangan kali kedua telah diadakan dan telah menemui titik temu.
"Permasalahan semuanya sudah jelas, pihak keluarga sudah setuju," kata Kukun melalui telefon.
Kukun yang turut serta dalam pertemuan itu berkata semua pihak sepakat untuk kubur itu dipindahkan ke kawasan tanah perkuburan bukan Islam.
Tetapi, disebabkan tanah perkuburan untuk orang bukan Islam belum tersedia di kampung tersebut, ia belum dapat dipindahkan.
Pemindahan akan dilakukan selepas pihak berkenaan di kampung itu menyediakan kawasan untuk pengebumian orang bukan Islam.
"Kami sebenarnya mahu kubur Bu Nunuk di sini. Kami menuntut kemudahan untuk orang bukan Islam di Desa Ngares Kidul," kata Kukun.
Menurutnya, tempoh enam bulan diminta dalam usaha menyediakan kawasan untuk tujuan tersebut.
Setelah tersedia, kubur akan dipindahkan. -CNN

Post a Comment

0 Comments