“Maaf Tak Dapat Jaga Boy Dengan Baik.” Kakak Temui Adik Selepas 24 Jam Viral Namun Dapat Perkhabaran Duka

“Maaf Tak Dapat Jaga Boy Dengan Baik.” Kakak Temui Adik Selepas 24 Jam Viral Namun Dapat Perkhabaran Duka

“Maaf Tak Dapat Jaga Boy Dengan Baik.” Kakak Temui Adik Selepas 24 Jam Viral Namun Dapat Perkhabaran Duka



Tiada kata-kata yang digambarkan kesedihan hati apabila salah seorang ahli keluarga tersayang meninggalkan kita. Walaupun pujuk hati redha pemergian insan tersayang, air mata tetap deras mengalir menusuk jiwa mengenangkan kenangan manis bersama.

Semalam, Puan Enie Suriani mendapat perkhabaran duka setelah 24 jam diviralkan kehilangan adiknya di laman sosial medianya. Namun adiknya telah kembali Rahmatullah setelah ditemui lemas di sebuah kompleks air di Bandar Penawar.



Demi Allah Kali ni aku tak kuat. Kali ini aku izinkan utk diviralkan. Mak ok. Memang boboy hilang Dari jagaan mak. Untuk kawan2 saudara2 yg berada di Batam Indonesia sila share. Report kepolisian Sudah dibuat. Mudah2an adik sy dijumpai. Doakan Muhammad shakirin bin Mohammad ditemui dgn selamat. Allahuakbar. Selitkan nama adik sy dlm doa semua

Maaf tak Jaga boy dgn baik


Wildan syurga



Sementara itu, menurut laporan, Enie Suliana Muhammad, 28, berkata, kali terakhir dia berjumpa adiknya Muhammad Sahkirin Mohammad, 19, yang mengalami sindrom down, 13 Februari lalu ketika menghantarnya dan ibu mereka ke Batu 24, Kahang, Kluang.

“Mereka berdua kemudiannya menaiki sebuah teksi dari Kahang ke Bandar Penawar, sebelum meneruskan perjalanan untuk ke Batam, Indonesia.

“Bagaimanapun usaha menghubungi mereka berdua tidak berhasil sehinggalah dua hari kemudian, ibu memaklumkan adik terpisah ketika menaiki bot di kawasan terbabit.

“Ibu meminta saya mencari adik kerana yakin dia masih berada dalam keadaan selamat dan dijaga penduduk tempatan di kawasan kehilangannya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, dia yang sedar tipisnya peluang menemui adik istimewanya itu dalam keadaan selamat tetap berusaha menjejaki remaja berkenaan di sekitar kawasan terbabit.

“Dua hari saya ke sana dan ke sini, semata-mata mahu pastikan adik ditemui dalam keadaan selamat dengan dibantu suami, adik kedua serta rakan adik.

“Dengan menggunakan dua kereta, kami meneruskan usaha mencari di sekitar Tanjung Balau, Tanjung Belungkor dan Teluk Ramunia, namun tidak menemui sebarang petunjuk baru,” katanya.

Menurutnya, dia kemudian berkongsi berita kehilangan adiknya itu menerusi laman Facebook (FB) Orang Kota-Tinggi bertujuan mendapatkan bantuan kaki pancing yang sering ke laut terutama di kawasan Sedili.

Katanya, ketika itu mereka sekeluarga hanya mampu bertawakal dan berharap perkongsian maklumat, Ahad lalu membuahkan hasil.

“Syukur Alhamdulillah, tidak sampai 24 jam berkongsi kisah itu, saya mendapat jawapan apabila adik dilaporkan ditemui lemas di sebuah kompleks air di Bandar Penawar.

“Kami menghubungi anggota Unit Forensik polis yang mempunyai maklumat penemuan mayat seorang lelaki jam 3 pagi, Sabtu lalu dan dipanggil membuat pengecaman mayat sebelum mengesahkan mayat itu adalah adik bongsu berdasarkan seluar dipakai serta bentuk tubuhnya.

“Jenazah adik dijangka disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Haji Manan, Kluang, selepas semua prosedur membabitkan urusan dokumentasi arwah adik diserahkan sebaik pulang ke negara ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah ketika dihubungi mengesahkan mengenai penemuan mayat remaja lelaki pada jam 3.30 petang, pada 16 Februari lalu di kawasan kompleks sukan air di Bandar Penawar. Katanya, 

penemuan mayat itu susulan laporan kehilangan mangsa pada jam 12.40 malam, 15 Februari lalu.

Sumber: Harian Metro dan FB Enie Suliana

Post a Comment

0 Comments