“Akibat Tekanan, Padam Foto & Unfollow IG”- Hubungan Emma & Syed akhirnya..?

“Akibat Tekanan, Padam Foto & Unfollow IG”- Hubungan Emma & Syed akhirnya..?

“Akibat Tekanan, Padam Foto & Unfollow IG”- Hubungan Emma & Syed akhirnya..?:



KONTROVERSI yang menghimpit pasangan Syed Abdullah dan Emma Maembong nampaknya menjejaskan hubungan tersebut apabila kedua-dua mereka bertindak memadam foto-foto bersama yang dimuat naik di laman sosial.


Sejak Sabtu, foto dan video yang dimuat naik oleh Emma bersama abang kepada Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika bercuti bersama-sama sudah dipadamkan di laman sosial masing-masing.
“Kenapa dah takda gambar Emma dan putus ke?” ujar salah seorang netizen pada ruangan komen Syed Abdullah.
Bagaimanapun, selepas beberapa jam Syed memaparkan kembali foto-foto tersebut di laman sosial miliknya itu.


Syed menyiarkan semula foto Emma di laman sosialnya selepas beberapa jam diarkib.
Sementara itu, menerusi tinjauan mStar Online, kedua-dua mereka sudah tidak mengikuti laman sosial Instagram masing-masing.

Selepas mengumumkan tidak bertudung pada Rabu lalu, Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 27, memuat naik beberapa foto dan video beberapa sesi fotografi akhbar dengan imej baharunya.
Biarpun masih menerima kecaman, dia tidak menutup ruangan komen dan membalas komen-komen netizen.

Ramai di antara mereka juga turut menasihatkan Emma agar tidak terlalu galak memuat naik gambarnya yang tidak bertudung di Instagram buat masa ini sehingga keadaan yang panas menjadi reda.


Emma turut dilihat membalas hampir semua komen yang ditinggalkan kepadanya sebagai tanda penghargaan atas doa mereka buat dirinya.
Sumber : Mstar

Post a Comment

0 Comments