Kisah Solat Hajat Allahyarham Abdul Bari. Bukan Di Masjid Tetapi ........

Kisah Solat Hajat Allahyarham Abdul Bari. Bukan Di Masjid Tetapi ........

Kisah Solat Hajat Allahyarham Abdul Bari.  Bukan Di Masjid Tetapi ........



Solat hajat bagi membantu usaha pencarian Abdul Bari Asyraf Mohd, 31, yang dikhuatiri lemas di Sungai Terengganu dekat Pulau Warisan, Kuala Terengganu dilakukan di kawasan lapang pulau berkenaan, malam ini.

Hampir 200 orang termasuk ahli keluarga, sanak saudara dan rakan mangsa serta orang ramai melakukan solat berkenaan diimamkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed.

Solat hajat selepas solat Maghrib itu turut disertai Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Amzad Hashim; ADUN Ladang, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar; ADUN Wakaf Mempelam, Wan Sukairi Wan Abdullah dan ADUN Batu Buruk, Mohamad Khalil Abdul Hadi.

Ahmad Shah melahirkan rasa syukur dan terharu dengan kehadiran orang ramai yang turut menyertai solat berkenaan.

“ Ini antara usaha bagi membantu pencarian mangsa selain usaha dilakukan pasukan penyelamat,” katanya.

Katanya, solat hajat bukan hanya dibuat di lokasi kejadian, tetapi ia turut diadakan di semua masjid dan surau di seluruh negeri ini.

“ Saya mewakili kerajaan negeri meminta seluruh umat Islam di negeri ini mengadakan bacaan Yaasin sama ada secara sendirian di rumah atau beramai-ramai di surau dan masjid,” katanya.

VRS 2000 apungkan Mitsubishi Storm

JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu menggunakan sejenis alat khas iaitu VRS 2000 bagi menaikkan Mitsubishi Storm yang menggelungsur sebelum tenggelam di dasar Sungai Terengganu dekat Pulau Warisan, Kuala Terengganu hari ini.

                           
Pengarah JBPM Terengganu, Azlimin Mat Noor berkata, penggunaan alat itu adalah yang pertama kali digunakan di negeri ini bagi menaikkan kenderaan dari dasar sungai.

“ VRS 2000 adalah alat seakan pelampung yang boleh menanggung bebanan seberat dua tan bagi setiap satu unit.

“ Ia dipasang pada bahagian bawah kenderaan depan dan belakang sebelum proses memasukkan udara dilakukan anggota yang berada di dasar sungai bagi mengapungkan kenderaan itu hingga ke permukaan air.

“ Sebaik kenderaan itu berada di permukaan air, ia ditunda ke jeti atau lokasi yang sesuai dan selamat untuk dinaikkan ke darat,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, Instruktor Latihan Pusat Gerakan Operasi JBPM Terengganu, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Mohd Roslan Zakaria berkata, usaha menaikkan kenderaan seberat 1.5 tan itu sehingga ia timbul di permukaan air mengambil masa kira-kira sembilan minit.

“ Ketika pemasangan VRS 2000 pada badan pacuan empat roda itu, kita menggunakan alat perhubungan di bawah air untuk berhubung dengan anggota di bahagian atas yang berada di dalam bot bagi menunda bot kenderaan berkenaan ke jeti berhampiran lokasi kejadian.

“Mitsubishi Storm yang tenggelam kira-kira 9.4 meter itu berjaya diampungkan ke permukaan sungai sebelum dibawa ke Jeti Polis Marin, kira-kira 50 meter dari lokasi jam 10.05 minit pagi tadi,” katanya.


Post a Comment

0 Comments