Pasangan Putera Harry-Meghan Markle sedang bersedia untuk menyambut zuriat pertama mereka yang dijangka lahir pada bulan April.
Bakal menjadi ibu bapa buat kali pertama bagi Duke & Duchess of Sussex ini, seluruh rakyat British turut menantikan detik bersejarah itu nanti.
Sejak bergelar suami isteri setahun lalu, kebanyakan rakyat bersetuju pasangan ini tidak seperti pasangan diraja lain, terutamanya jika dibandingkan dengan Duchess of Cambridge, Prince William dan Kate Middleton.
Pun begitu, Meghan dan Harry tetap terikat dengan peraturan tradisi diRaja. Malah mereka mungkin akan meneruskan sesetengah peraturan yang memang sudah diamalkan dalam keluarga diRaja sejak bertahun-tahun.
1. Dilarang tahu jantina
Rahsiakan jantina bayi mereka. Malah pasangan itu akan mengetahui jantina bayi mereka sehinggalah kelahirannya nanti.
2. Ratu Elizaberth mesti yang pertama tahu
Ratu Elizaberth menjadi individu pertama yang perlu tahu khabar daripada Putera Harry dan Meghan sebaik saja kelahiran bayi mereka nanti. Menurut Daily Mail, Putera William menghubungi neneknya secara privasi sebaik saja Kate selamat bersalin. Selepas itu barulah kakitangan kerajaan diraja memaklumkan kepada individu berprofil tinggi lain seperti perdana menteri.
3. Nama anak mesti…
Ahli-ahli keluarga diraja biasanya menamakan anak-anak mereka dengan nama Raja terdahulu atau sekarang.
Putera William dan Kate Middleton telah mematuhi tradisi ini dengan menamakan putera sulung mereka George Alexander Louis iaitu penghormatan kepada bapa dan datuk Ratu Elizabeth II.
Puteri kedua mereka, Charlotte Elizabeth Diana sebagai tribute penghormatan kepada Putera Charles, nenek moyang Kate Elizabeth dan merujuk kepada nama mendiang ibu William, Puteri Wales.
Anak ketiga mereka sempena nama Yang Mulia Putera Louis Arthur Charles.
Jadi, Harry dan Meghan dijangka akan melakukan perkara yang sama seperti abang dan kakak ipar mereka.
Bayi Harry dan Meghan nanti akan dibungkus dalam selimut knit buatan G.H. Hurt & Son, sebuah syarikat di Nottingham, England. Sejak lebih 100 tahun, syarikat itu menyediakan beberapa keperluan ahli keluarga diRaja, terutama ketika detik pengenalan anak-anak mereka kepada dunia. Jika bayi perempuan, dia mungkin akan dipakaikan topi knit, sama seperti Puteri Charlotte.
5. Pasukan Bidan Khas
Satu pasukan bidan akan hadir menyambut kelahiran bayi diraja. Ketika Kate Princess Charlotte, tiga orang bidan ditugaskan walaupun dilaporkan ketika itu sekurang-kurangnya 20 pakar perubatan turut ada bersama. Semua yang berada di dalam bilik bersalin perlu bersumpah merahsiakan jantina bayi.-
0 Comments