Rakyat Tanya Mengapa Ratu Elizabeth tak perlu pakai tali pinggang keledar

loading...
Loading...
Rakyat Tanya Mengapa Ratu Elizabeth tak perlu pakai tali pinggang keledar


Tanya rakyat Britain, kenapa golongan diraja ini tidak pernah diambil tindakan oleh pihak polis atas kesalahan lalu lintas seperti mana rakyat biasa yang lain? - Gambar fail/Agensi

LONDON
: Kecoh baru-baru ini apabila ramai rakyat Britain mempersoalkan tindakan Ratu England, Queen Elizabeth dan suaminya, Putera Phillip yang dilihat memandu kereta Land Rover kesayangan mereka tanpa memakai tali pinggang keledar.

Ia turut menimbulkan kemarahan orang ramai yang semakin membara terutamanya selepas insiden kemalangan membabitkan kenderaan Putera Phillip, 97, yang terbalik minggu lalu.

Begitu juga gambar yang memaparkan Queen Elizabeth yang hadir memandu di majlis Women Institute di London tanpa memakai tali pinggang keledar.

Ini menimbulkan persoalan kenapa golongan diraja ini tidak pernah diambil tindakan oleh pihak polis atas kesalahan lalu lintas seperti mana rakyat biasa yang lain.

Apa agaknya istimewa Ratu berusia 92 tahun dan suami itu sebenarnya?


Kemarahan orang ramai semakin membara terutamanya selepas insiden kemalangan membabitkan kenderaan Putera Phillip, 97, yang terbalik minggu lalu. - Foto sumber Twitter
Kemarahan orang ramai semakin membara terutamanya selepas insiden kemalangan membabitkan kenderaan Putera Phillip, 97, yang terbalik minggu lalu. - Foto sumber Twitter

Antara teori yang tersebar di media di negara itu mengatakan selain dibenarkan tidak memakai tali pinggang keledar, terdapat permintaan khusus dari pihak Istana untuk alat penggera tali pinggang keledar dimatikan.

Menurut sumber, syarikat pengeluar Jaguar Land Rover telah diarahkan untuk mematikan alat penggera tali pinggang keledar terbabit demi keselesaan keluarga diraja.

Manakala seorang bekas pegawai perlindungan diraja Britain, Simon Morgan pernah memaklumkan kepada sebuah majalah bahawa keluarga diraja tidak perlu memakai tali pinggang keledar bagi mudah menyelamatkan diri dengan pantas sekiranya berlaku kecemasan.

Apa pun alasan yang diberikan, persatuan perlindungan keselamatan negara itu tetap meningkatkan gesaan agar keluarga diraja tidak terlepas dari undang-undang.

Kata mereka yang berkempen, tindakan Ratu Elkizabeth dan suaminya itu jelas tidak menghormati orang ramai dan rakyat jelata!

Post a Comment

0 Comments