Pesta Arak....Hanya 72 Jam… Gelaran DEWI REMAJA HANEESYA HANEE Ditarik Balik!

Pesta Arak....Hanya 72 Jam… Gelaran DEWI REMAJA HANEESYA HANEE Ditarik Balik!

Pesta Arak....Hanya 72 Jam… Gelaran DEWI REMAJA HANEESYA HANEE Ditarik Balik!

Selepas timbul pelbagai spekulasi berhubung video dan foto juara Dewi Remaja 2018/2019 yang bertebaran di media sosial baru-baru ini, pihak pengurusan Nu Ideaktiv Sdn Bhd selaku penganjur dan pemilik jenama memutuskan untuk menarik semula gelaran Dewi Remaja 2018/2019 yang disandang Haneesya Hanee pada 13 Januari lalu.
 Perlucutan gelaran itu dibuat tidak sampai 72 jam dan buat pertama kalinya tiada pemenang Dewi Remaja bagi musim ini.
Haneesya yang ditemui dalam sidang media hari ini kelihatan sugul, namun pujian harus diberikan kepada gadis berusia 18 tahun ini kerana berani tampil bersemuka rakan media dan penganjur untuk menjernihkan keadaan. Dalam nada sebak, dia memohon kemaafan atas ketelanjuran yang telah dilakukan. “It was a very silly mistake. Hanee mengaku itu memang salah Hanee dan Hanee mengaku itu perbuatan Hanee.
Hanee pun tak tahu mengapa dan tak expect akan jadi macam ni tapi Hanee terima keputusan Nu Ideaktiv ini untuk tarik balik title dan itu memang sewajarnya. Sebelum mereka tarik title pun Hanee memang berniat menyerahkan sendiri title ini sebab Hanee tahu perbuatan Hanee salah.
Ia dah merosakkan nama Dewi Remaja, Nu Ideaktiv dan Majalah Remaja. Hanee minta maaf sangat-sangat.”
Sambil mengesat air mata, pelakon ini turut berpesan agar insiden tersebut tidak lagi dikaitkan dengan ibunya. “Orang cakap ini semua salah mak Hanee… mak Hanee tak reti jaga Hanee. Itu tak benar. Ini semua atas perbuatan Hanee, pilihan Hanee sendiri. My mom has nothing to do with this and leave my mother alone.
Hanee berharap yang orang akan maafkan Hanee dan beri peluang lagi. Kita manusia tak lepas dari buat salah.”
Ditanya apa perancangannya selepas ini, dia menjelaskan mahu move forward, memperbaiki diri terlebih dahulu dan teruskan aktiviti modelling serta lakonan seperti sebelum ini. “Hanee tak akan give up sebab Hanee rasa it’s just a silly mistake that I dodan memang semua orang patut dapat second chance.”
Pesannya lagi, “To all the remaja out there... salah langkah, this is what you get. Don’t do it, memang tak ada benefit. It just a fun… moment tu jelah. Pada akhirnya, terpulang kepada diri sendiri sama ada ingin bangkit atau terus jatuh. Hanee sendiri pilih untuk bangkit, Hanee kuatkan diri untuk bersemuka dengan semua orang dan mengambil apa yang terjadi ini sebagai satu pengajaran.”
Difahamkan Haneesya mahu sedikit masa seketika untuk menenangkan diri sebelum kembali aktif di persada seni dan dunia peragaan. Kehadiran Hanee dalam sidang media tersebut turut ditemani ibunya.
Dalam pada itu, Editor Majalah Remaja, Faiz Aiman menjelaskan penarikan gelaran tersebut hanya melibatkan Haneesya Hanee sebagai juara. Sementara pemenang tempat kedua dan ketiga iaitu Tia Sarah dan Sherin, Dewi Favourite iaitu Arena Iman serta Dewi Inspirasi, Aween Ismail kekal dengan gelaran yang diberikan. Kesemua mereka juga akan melibatkan diri dalam segala urusan promosi dan sebagainya.
“Penarikan ini berikutan beberapa syarat-syarat penyertaan telah dilanggar sewaktu proses pencarian Dewi Remaja. Syarat-syarat tersebut memang diketahui oleh peserta dan telah membaca dan menandatanganinya. Syarat itu juga telah dilanggar sewaktu berlangsungnya pencarian ini. Disebabkan itu kami tidak boleh berkompromi dan membuat keputusan berkenaan.”
Bagi Editor Pengurusan Majalah Remaja, Fiezreen Ahmad pula berkata walau apa pun pemenang pada malam itu jelas menjadi milik Haneesya Hanee. “Tetapi berikutan insiden yang berlaku, kami tiada pengganti untuk mengisi kekosongan itu dan demi menjaga kredibiliti Dewi Remaja kita decide untuk tidak mempunyai pemenang edisi kali ini. Jadi, untuk edisi akan datang baru kami akan nobatkan siapa Dewi Remaja yang ke-10.”
Di sini juga saya ingin membuat pembetulan ada portal-portal di luar sana yang mengatakan kejadian itu berlaku sejurus selepas Hanee memenangi Dewi Remaja. Hakikatnya, tidak! Perkara itu berlaku lebih kurang hampir sebulan sebelum pertandingan tersebut jadi pada malam kemenangan itu dia tidak berada di kelab sebaliknya bersama ibunya di rumah.”
Berikutan insiden itu, Haneesya Hanee, Ernisha dan Fazreen Fazera tidak lagi boleh mengaitkan diri mereka sebagai finalis Dewi Remaja.

Post a Comment

0 Comments