Kisah Sedih seorang “Bapa” yang kehilangan anak kesayangan

Kisah Sedih seorang “Bapa” yang kehilangan anak kesayangan

Kisah Sedih seorang “Bapa” yang kehilangan anak kesayangan

Mumbai- Seorang lelaki yang bekerja sebagai penjual sayur telah meratakan hampir 600 lubang di ibu negara ini. Kisah ini terjadi disebabkan anaknya Prakash Bilhore telah menjadi salah seorang mangsa kemalangan yang terbunuh disebabkan oleh jalan yang berlubang.


Hajat Prakash Bilhore untuk menyambung pengajian di peringkat kolej tidak tertunai apabila motor yang dinaiki nya bersama sepupu terjadi kemalangan. 

Ketika kejadian tragis itu berlaku hujan turun dengan lebatnya menyebabkan penglihatan mereka terbatas lalu telah melanggar jalan yang berlubang hingga menyebabkan mereka tercampak tinggi. 

Prakash telah mengalami kerosakkan otak manakala sepupunya hanyalah cedera ringan sahaja.
                 Wrl8nHVr_o.jpg

Demi mengatasi perasaan sedih yang melanda keatas diri, Dudarao Bilhore ayah kepada mendiang Prakash memutuskan untuk melakukan sesuatu terhadap jalanraya di Mumbai ini. 

Menggunakan pasir dan kerikil Bilhore telah menutup hampir 600 lubang di seluruh ibu kota tersebut. Tujuan nya adalah untuk memberi penghormatan kepada anak kesayangannya dan dengan harapan supaya dapat menyelamatkan nyawa orang lain.

Rata-rata rakyat di Ibu kota itu menyalahkan sifat tidak bertanggungjawab kerajaan yang tidak menjalankan kerja dan mengambil perkara ini sambil lewa. Mengikut kajian dalam 10 hari pasti akan terjadi kemalangan yang meragut nyawa disebabkan oleh jalan yang berlubang.

 Kata Encik Bilhore “Selagi saya masih hidup dan boleh berjalan saya akan pastikan semua jalan tidak berlubang”

Post a Comment

0 Comments