Cita-Cita Anak Gadis Arwah Azmil Mustapha Bergelar PELAKON Tercapai

Cita-Cita Anak Gadis Arwah Azmil Mustapha Bergelar PELAKON Tercapai

Cita-Cita Anak Gadis Arwah Azmil Mustapha Bergelar PELAKON Tercapai
Anak gadis arwah Haji Azmil Mustapha yang telah mencebur diri dalam bidang peragaan sejak usia 13 tahun ini nyata lebih matang daripada usianya yang sebenar.
 Apabila diajukan tentang persoalan dunia modelling yang diceburinya, tutur Nur Alya Iman lembut, “Babah tak pernah halang apa yang saya ceburi malah beri galakan. Dia very supportiveterhadap apa sahaja impian anak-anak.
                              
Dia kata kalau buat sesuatu itu biar sampai peringkat  tertinggi. Kalau saya mahu meneruskan kerjaya dalam bidang modelling, biar sampai berjalan di atas pentas fesyen New York. Sekarang sudah ramai model-model berhijab diterima di sana. Tidak mustahil suatu hari nanti saya akan mengotakan cabaran Babah.
Dahulu Alya pernah menyuarakan hasratnya untuk mengikut jejak langkah arwah Babahnya untuk bergelar anak seni. “Jika diberi peluang saya mahu mencuba bakat seni yang mengalir dalam diri ini dengan berlakon. Namun, saya perlu menggali segala ilmu lakonan sebelum terjun dalam bidang tersebut,” terang Alya yang bercita-cita menjadi juruterbang pada zaman kecilnya.
Kini harapan yang diidamkan oleh gadis yang berusia 17 tahun ini telah tercapai. Dalam masa yang singkat Alya sudah pun berlakon sebuah buah drama yang bertajuk Senafas Rindu bergandingan dengan Syafiq Kyle dan Elizabeth Tan serta sebuah telemovie yang bertajuk Lelaki Kelas Sebelah.
Bercerita tentang perasaannya bergelar pelakon, “Saya rasa bangga dapat ikut jejak kaki Babah, at the same time saya akan berusaha dan belajar untuk tingkatkan bakat supaya dapat tawaran lagi, Insyallah,” kata Alya dengan penuh harapan.
Siapakah Azmil Mustapha di mata Alya? Saya memang secara jujurnya tidak tahu siapa babah sebenarnya dahulu. Saya tidak tahu arwah merupakan seorang anak seni yang disegani. Apabila keluar dengannya dan saya perasan ada mata memandang dan bertanya, arwah akan cakap itu kawannya. Kami adik-beradik tersentuh banyak orang yang berkata he is a good person, Babah banyak memberi kesan kepada kehidupan mereka dan sebagainya. Kami kagum dengan babah!
Sebagai seorang bapa, Azmil seorang yang kelakar penghibur dan sentiasa buat semua orang happy, tetapi dia juga garang. Jangan cuba cari fasal kerana dia garang dengan anak-anak. Adik-beradik yang lain kata saya seorang anak yang manja dan tidak pernah kena marah. Jangan sekali-kali menipu arwah. Saya pernah sekali tertangkap dengan babah kerana menipu. Akibatnya saya kena denda tidak boleh keluar rumah selama sebulan dan telefon bimbit kena tarik.
Pesan arwah yang masih terngiang-ngiang adalah jangan sekali-kali tinggal solat, sentiasa merendah, hormat semua orang dan jaga imej serta nama keluarga. Jangan sombong dengan orang tidak kira tua atau muda,” ungkap Alya mengenangkan momen indah bersama bapa tersayang.

Post a Comment

0 Comments